:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

31 December 2011

bersangka baik :)

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

assalamualaikum. kalau tak jawa dosa, kalau jawab sayang. *pengaruh vlog maria elena. >.<

saja singgah sebelum nak beradu. hari esok penentu segalanya. niat baik, moga Allah permudahkan urusan aku dan sahabat2. teringin sangat nak sampai dataran shah alam tu. huuu. 

kalau tak jadi mesti ada hikmahnya. ye dak ? huhu. doakan yang terbaik. untuk kau, moga Allah permudahkan urusan kau juga. moga esok lebih baik dari hari ini, dan hari ini lebih baik dari semalam insyaAllah.

before tidur, mari maafkan kesalahan insan-insan di sekeliling kita ? wallahu'alam. 


good night world. ;) 

much <3,

[nur]

25 December 2011

makkah al-mukarramah - part II

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

Royal Makkah Clock Tower.  kira-kira 50m++ dari masjidil haram. hotel di sini mencecah ribuan ringgit / night ! nak tahu lebih click situ ^^


alhamdulillah, masih berpeluang untuk menulis. buat yang dah baca part I, so, entry ni tak lain tak bukan memang untuk korg. let us move on (",)


oke, buat pengetahuan kepada yang tertanya-tanya mungkin, trip aku tergolong dalam trip2 yang awal selepas kerajaan arab saudi mula membuka ruang bagi sesiapa yang mahu menunaikan umrah setelah tamatnya musim haji. kebetulan, bulan mac juga merupakan cuti sekolah buat pelajar-pelajar dari iran dan sewaktu dengannya. jadinya, memang padat juga lah time dah masuk mekah memandangkan aku menginap agak lama di madinah. sehinggakan ada yang menyamakannya seperti musim haji ! agak hairan juga dibuatnya apabila kami terpaksa beratur ketika hendak masuk ke masjid nabawi-madinah sedangkan sebelum2 ini pintu utama pasti tidak begitu sesak. 
berbalik pada highlight untuk entry ni, antara tempat-tempat menarik yang diziarahi ialah :

Jabal Thur
before ni boleh masuk. cuma time ni kami agak tidak bernasib baik kerana ia sedang berada dalam pembinaan.
jabal thur mennjadi saksi kepada sejarah yang agak penting dalam Islam di mana di sini lah baginda Rasulullah SAW dan Abu Bakar As-siddiq r.a bersembunyi dari kaum kafir quraisy yang pada waktu itu merancang untuk melancarkan usaha membunuh baginda. sebut sahaja tentang Abu Bakar R.A pasti anda semua tahu mengenai peristiwa pengorbanannya yang sungguh besar di mana Abu Bakar rela disengat oleh binatang yang berbisa ketika baginda sedang lena di pangkuannya. mampukah kita ? semoga kisah ini dapat memberikan sedikit pengajaran untuk sentiasa berbuat baik kepada sahabat kita. 

dari Nu'man bin Basyir r.a, Rasulullah SAW bersabda :

" perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. apabila satu anggota tubuh sakit, maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur. "  
(hadis riwayat muslim)

serius rindu nak tengok gelagat meraka anak-beranak ;p

 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah gua thur, anda boleh tekan link ini :) 


Jabal Rahmah

ehem ehem. sebut sahaja mengenai jabal rahmah apa perkara pertama yang terlintas di benak kalian ? ;) secara umumnya tempat ini dikenali ramai dengan tempat untuk mendoakan jodoh. jabal rahmah ini terletak di bahagian timur padang arafah di kota makkah. terdapat riwayat menyatakan bahawa setelah Rasulullah SAW menyampaikan khutbah di masjid namerah barulah baginda melakukan wukuf di kaki jabal rahmah yang merupakan sebahagian dari padang arafah. jabal rahmah juga dikenali umum sebagai monumen cinta adam dah hawa juga sebagai saksi pertemuan mereka kembali setelah terpisah bertahun-tahun lamanya. berikutan peristiwa inilah sebilangan besar umat islam dari seluruh dunia percaya bahawa bukit ini ada hikmahnya yang tersendiri sehinggakan ada yang menggelarnya dengan gelaran Mount of Love, Mountain of Mercy dan macam2 lagi. 

meet my sista, siti aishah :)
banyak gilaa tulisan kat batu tu. >.<
aku dengan kakak yang eksaited nak naik sampai atas memandangkan jabal rahmah ini tak berapa nak tingginya. ayah dan mak biasalah tua-tua kaki pon dah tak larat sangat nak mendaki. di sekitar jabal rahmah ni juga terkenal dengan tarikan yang membolehkan anda 'membonceng' unta. tapi hati-hati. jangan sesekali tertipu dengan tok2 arab ni. once kita dah naik unta tu, mereka akan menangkap dalam 6-7 gambar. bila kita dah abeh round bersama untanya, bayaran asal dalam sekitar SR 5, tapi disebabkan 6-7 keping gambar itu menjadikan jumlahnya SR 70++ ! SR 1 bersamaan lebih kurang RM 1 duit kita. gila hape RM70++ semata2 nak naik unta dan 6 atau 7 keping gambar ? memang tak masuk dek akal. time pegi dulu, alhamdulillah aku dah berkesempatan untuk naik. tapi ayah awal2 lagi dah pesan pada tok arab tu tangkap sekali je gambar aku. so, kalau tak silap, dalam SR 10 jugak lah kena. huhu. 

kalau nak tahu unta memang sejenis haiwan yang sangat patuh pada tuannya ^^

Jabal Nur 

gua Hira' yang terletak di jabal nur ada;ah sebuah gua yang sangat terkenal dalam sejarah islam, kerana di dalam gua itu lah nabi Muhammad SAW diangkat menajdi rasul dan di situ juga turunnya ayat al-Quran yang pertama [al-'alaq : 1-5]. gua kecil ini terletak di puncak gunung jabal nur, di bahagian utara mekah, sekitar 5km dari masjidil haram. tinggi puncak jabal nur dalam kira-kira 200m. kita hanya dibawa melihat jabal nur dari jauh, sekiranya anda hendak mendaki jabal nur untuk melihat gua hira' dengan lebih dekat, anda boleh menambah duit sekitar SR 15 sahaja seorang. akan ada mutawwif yang akan turut mendaki bersama-sama anda. mutawwif kumpulan aku merancang untuk mendaki pada waktu malam memandangkan cuaca terlalu panas pada sebelah siangnya. malangnya, ketika itu mekah sedang mengalami musim hujan. jadinya, mak agak berat nak lepaskan aku pergi mendaki. huhu. maklumlah ibu mana yang tak risau akan keselamatan anaknya. ye tak ?  untuk tempat ini, sorry sebab aku takde gambarnya. nak gambar clear, gua hira', video, serta sejarah lanjut mengenai jabal nur ni anda boleh rujuk di sini ^_^

ada satu insiden menyayat hati yang berlaku sepanjang pendakian ke puncak jabal nur ini diceritakan oleh ahli kump aku. mereka berkata setelah hampir tiba ke puncak gunung, terdapat seekor kucing yang sedang berehat-rehat di situ. lalu mereka pun membelai-belai kucing ni. dengan tidak semena-mena, tiba-tiba datang seorang pemuda arab mengambil kucing itu lalu mencampakkannya dari tempat tadi. apa yang anda rasa jika anda berada di tempat mereka ?  mereka benar2 tergamam dengan kejadian itu. sampai ke pagi mereka masih lagi tidak percaya. apalah nasib si comel yang tidak bersalah itu. :'(

dalam perjalanan pergi dan balik semasa kami melakukan ziarah luar ini, mutawwif ada menunjukkan tempat-tempat seperti muzdalifah, mina (tempat melontar), tapak rumah Abu Bakar, Saidina Omar, Siti Khadijah dan Abu Lahab. juga rumah kelahiran Nabi Muhammad, yang kini menjadi sebuah perpustakaan, masjid Jin (tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan jin), masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi), perkuburan Ma'ala (tempat Siti Khadijah dikebumikan), masjid Kucing, dan bukit Abi Qubis (tempat Hajar Aswad disimpan sebelum diletakkan di Baitullah).
*ziarah di sini tidak boleh dilakukan kerana kawasan2 tersebut masih dalam pembinaan.
selesai kami melakukan ziarah luar, kami dibawa ke ja'ranah untuk bermiqat seterusnya kembali ke makkah untuk mengerjakan ibadah umrah buat kali yang kedua. 

credit to miss awan ungu. :) cheq tak sempat nak snap gamba kat sini. ja'ranah <3
perkuburan ma'ala.
tempat melontar, di bangunan bertingkat2 itu. bumbung putih yang banyak comel2 tu, mina :)

Hudaibiyah

pada hari berikutnya, kami sekumpulan bercadang untuk ke hudaibiyah. ziarah hudaibiyah ini termasuk dalam ziarah pilihan selain ziarah gua hira' yang aku ceritakan sebelum ini. sebanyak SR 30 perlu ditambah untuk setiap kepala. hudaibiyah ini sinonim dan terkenal dengan ladang untanya. kat sinilah korg boleh menikmati susu unta fresh punye ! orang2 sini bergurau mengatakan selepas anda minum susu unta tersebut, maka jadilah unta itu ibu susuan anda. keh3. ;p banyak khasiat weyh minum susu unta ni. boleh cuci segala toksik2 dalam badan tu. tapi satu kelemahannya, toksik2 akan dicuci dan dibuang melalui diarrhoea. ;) bagi sape2 yang minum banyak la. tapi akak aku telan nak dekat 2 botol tak sakit pon perut dia sedangkan bapak aku baru minum setengah botol dah jenuh dok cari jamban. hek3. so, it depends =) langkah berjaga-jaga, janganlah korg p belasah 3 botol sekaligus dalam perjalanan tu unless bas korg ada TANDAS :D

my hero :')
depa ni manja yang amat ! ^_^

:DD
ayah memang sangat semangat nak minum susu tak kira dari keluaran unta ka, lembu ka, kambing ka asalkan fresh =)
rundingan antara orang islam dan kaum musyrikin yang membawa kepada perjanjian hudaibiyah. inilah tapak perjanjian hudaibiyah suatu ketika dahulu.

selesai lawatan ke ladang unta, alhamdulillah, trip pada hari itu bernasib baik kerana dibenarkan untuk melawat muzium 2 masjid (masjidil haram dan masjid nabawi). cuma trip kali ni kami masih lagi belum berpeluang untuk melawat kiswah (kilang kelambu kaabah). dua tempat ini sebenarnya memerlukan keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi. 

muzium 2 masjid atau dikenali juga sebagai muzium al-haramain :)
time ni kakak sakit. so, tak dapat ikut p melawat. pity pity ^^
pancuran emas terletak di bahagian atas kaabah
maqom ibrahim-tempat nabi ibrahim berpijak ketika hendak mendirikan kaabah
proses membuat kelambu kaabah :)
1 malaysia pon ada. kui8. ^^
telaga zam-zam zaman dahulu kala. oh, perkenalkan adik abdul qayyum :) dia sangat suka bertanya mengenai sejarah2 islam. moga menjadi anak yang soleh dik :')

selesai menziarah, kami pun dibawa ke masjid syumaisi (hudaibiyah) untuk bermiqat seterusnya kembali ke masjidil haram untuk menyempurnakan rukun umrah. 

inilah barisan kita yang ikhlas berjuang~ hehe.

aku ingat aku bolehlah habiskan jugak dalam part II ni. tapi nampak gayanya, aku sambung sampai part III lah ye ? takot berjam2 pulak korg baca part II ni haa. huhu. tak paksa korg nak baca. depends :) 


# updating part III. ;) see ya !


till we meet again.  much <3,

[nur]


23 December 2011

makkah al-mukarramah - part 1

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

first of all, nak minta maaf dulu pada yang nantikan post di mekah ini memandangkan sebelum ni, berkurun jugaklah, aku dah update post di madinah. beta mohon maaf ^^


oke, berbalik pada tajuk utama post ni, kali ini insyaAllah, akan dikongsi beberapa pengalaman penulis beberapa bulan dahulu. *mac 2011* alhamdulillah, syukur pada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku dan keluarga selamat tiba di mekah dari madinah pada tanggal 14 mac 2011 sekitar jam 11++ malam waktu mekah. 

oh ya, sebelum terlupa, kalian mesti pernah dengar mengenai mayat yang tidak dapat diturunkan dari kubah masjid nabawi ? bagi siapa yang masih sangsi, perkara itu dikatakan benar, kerana ramai yang telah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri. pada mulanya, aku sendiri tak percaya akan berita tu, tapi setelah membelek2 gambar yang aku dapat dari kakak aku, *simpanan sendiri telah pun hilang dek kerosakan lappy*, masyaAllah, aku dah pon snap gambar kubah tersebut. dan ternyata memang ada sedikit 'ketidak rataan' pada kubah tu. agak rugi jugaklah sebab tak perasan sepanjang aku berada di sana. disebabkan tak ingat mungkin. 


perhatikan pada kubah hijau bahagian atas
kepada yang masih belum tahu mengenai berita ini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini :) 


juga sebelum aku memulakan kisah di mekah, nak share jap video pembukaan payung di masjid nabawi. payung2 besar ni dibina kalau tak silap sekitar tahun 2009 dan ke atas. payung ni akan mula dibuka sejurus selesainya solat subuh secara berjemaah. waktu payung ni ditutup aku tak sure, so kalau nak info lanjut boleh search kat google :) 


video


okeh, dah boleh sambung ^_^ perjalanan ke mekah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam dengan menaiki bas. sebelum memulakan perjalanan kami sekumpulan telah diduga dengan tidak adanya mutawwif yang akan mengiringi perjalanan kami dari madinah ke mekah ! ekoran mutawwif yang ditugaskan tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. ayah aku selaku tour manager ketika itu terpaksa mengambil alih tugas mutawwif. alhamdulillah, pada mulanya aku memang sangat risau kerana pemandu bas kami tidak boleh berkomunikasi menggunakan bahasa lain selain bahasa arab ! time tu jugak lah aku cuba sedaya upaya mengeluarkan segala vocab2 yang ada kot2 ada yang nak mintak berhenti nak muntah ka, terkucil ka, kebuloq ka, mau tak naya ? >.<  


untuk makluman, kami sekumpulan amatlah rapat dan masing2 memang dah anggap seperti saudara kandung sendiri. apabila saudara islam disatukan, begitulah jadinya. :') alhamdulillah, mereka sangat mengambil berat antara satu sama lain. dan paling melegakan diri aku, penerimaan ayah sebagai tour manager diterima baik oleh mereka. dari situ aku dapat lihat sikap disiplin dan kepimpinan ayah yang sungguh menebal dalam diri memandangkan ayah merupakan seorang askar suatu masa dahulu. *tak macam anak dia* yang menariknya, ada dalam kalangan kumpulan kami merupakan bekas anggota polis. ;D ayah sangat sehati sejiwa dengan beliau.

bercerita tentang pemandu bas tadi, dia amat berdisiplin ! aku tabik dengan cara pemakaiannya ----> berseluar jean dan shirt yang di tuck-in :) jarang sekali aku jumpa pemandu bas begini di bumi mekah. juga yang paling paling penting, beliau tidak merokok. thumbs up lah ! kalau nak tahu hampir semua pemandu2 bas di sana merokok. pernah sekali sepanjang lawatan kami, ada seorang pemandu bas merokok dengan tidak membuka tingkap. kalian bayangkan lah tahap ketidak cukupan oksigen pada ketika itu. >.< semasa hendak bermiqat (berniat ihram umrah) di masjid Bir Ali *lebih kurang 10 minit dari hotel di madinah* pemandu bas tu menurunkan kami betol2 berhadapan dengan entrance masjid. kalau pemandu lain aku rasa mahu diberhentikannya kami di luar kawasan masjid. bayangkanlah betapa banyaknya bas dalam tu. sejurus turun dari bas, pemandu bas melambai-lambai sambil memanggil kami. pelik jugak dibuatnya ketika itu. ada tertinggal beg ke ape ke ? rupa-rupanya dia ingin memberitahu kami supaya tidak keliru dan tidak tersilap menaiki bas selesai solat nanti. dia ada meletakkan kain buruk di tingkap basnya. haha. time tu memang rasa nak tergelak pon ada, tapi mengenangkan kesungguhannya, memang cukup untuk buat aku terharu. 

tapi malangnya, tak berani pulak nak ambil gambar dia. kang tak pasal2 ditinggalnya aku tengah2 jalan ke mekah mau tak gila ? hahaha. 

suasana sekitar masjid Bir Ali

  
selesai melakukan rukun umrah yang pertama (niat ihram umrah), perjalanan ke Mekah pon diteruskan. then ayah dapat call dari mutawwif group lain mengatakan mereka akan tunggu di sebuah restoran sebelum sampai ke mekah untuk sama-sama menikmati makan malam. ouh, part ni lah yang paling dinanti2kan oleh aku sebab perut pon dah start bergendang2 minta diisi. ;p bila dah dalam bas, sedap kena ekon, apa lagi, mata ni pon mula lah terasa beratnya. last-last memang semua group hj ahmad ni dibuai mimpi rupanya. penat katakan. aku tejaga setiap satu jam ! aku rasa lama sangat jarum jam berjalan. paling last aku terjaga, time tu dah gelap. gelap. malam. memang dah lapar gile time tu. ada group aku yang nak terkucil pon ade. dengan selambenye aku pon gagahkan diri jugaklah nak berkomunikasi dengan pemandu bas tu.

aku : ya sheikh, kam kilometer ila mat'am ? 

sheikh : *dengan mengeluarkan hp nye, dye memasukkan no.arab !* 20.
aku : 'ishrin ? *orang arab sane kalau no.puluh2 ni, dorg sebut 'in' instead of 'un' 
      : cth - 50 (khomsin instead of khomsun) 
sheikh : na'am2. *sambil tersenyum ;)


tiba-tiba pemandu tu ajak aku berbual. aku tak ingat sangat patah tutur dia. tapi dye bercerita yang dia ada seorang isteri. sama macam ayah aku. then dia mempunyai 5 orang adik-beradik. sama macam aku :) tapi dia bukan bongsu. then, aku pon bercerita lah apa yang aku ley cerita pasal keluarga dalam bahasa arab. haha. terkial-kial jugaklah organ dalam mulut aku nak berbicara. mana taknya, biasa aku ber'gaul' dengan bahasa arab ini atas kertas je, bila nak praktik untuk berkomunikasi, ini lah jadinya. boleh kira bape patah je yang keluar dari mulut aku. kui8. lagipun seganlah jugak sebenarnya. ye lah, yang kita belajar ni bahasa baku mereka. perbualan antara mereka sudah tentunya dalam bahasa pasar tani. ;)


tak lama kemudian, tibalah kami ke restoran yang dikatakan. kelihatan ada mutawwif yang sepatutnya menjaga kumpulan kami sedang menunggu di dalam restoran. kebuloq tahap tak ingat dah time tu. haha. lauk yang disediakan walaupun nampak simple, tapi sedap ! *sebab ada cili tu mungkin. ^^ licin pon licin. dan siapa lagi yang nak melicinkannya kalau bukan aku. haha. :D


sebelum :)
selepas ^^
kebuloq mak jahh~
oh ya, jika sudah berniat ihram, maka anda dalam keadaan berihram dan anda dikehendaki untuk menjaga pantang larang dalam berihram. time ni lah start aku risau jugak sebenarnya. kalau dah langgar, dam sedia menanti. huhu. selesai menikmati juadah yang disediakan kami pon meneruskan perjalanan lebih kurang dalam 5-10 kilometer ke hotel penginapan. kami menginap di hotel manazel. 


selang beberapa minit kemudian, sekitar jam 11++ malam, alhamdulillah kami selamat tiba di hotel penginapan ---> manazel. turun je bas, mata aku liar mencari arah ke masjidil haram. alhamdulillah, hotel yang ditempatkan tidaklah terlalu jauh dan tidaklah terlalu dekat. sekadar sederhana. bolehlah nak exercise ulang-alik ke masjid. :) 

setelah check-in dan meletakkan segala bagasi yang ada di dalam bilik, kami segera menyiapkan diri untuk menunaikan rukun umrah yang masih berbaki. ayah telah memaklumkan pada mutawwif agar tidak menunggu kami kerana dikhuatiri kami akan lambat. ya, memang. kami terlewat disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan. jadi, siapa lagi kalau bukan ayah yang menjadi mutawwif umrah untuk aku, mak dan kakak. ^^ alhamdulillah, di mekah, kira-kira jam 1 pagi ke atas, tidaklah begitu ramai kerana mereka berehat sementara menantikan subuh menjelma. selesai tawaf, sa'ie dan bertahallul, itu bermakna diri kita sudah terlepas dari pantang larang dalam berihram. dinasihatkan agar kita tidak bercukur di bilik sebaliknya bercukurlah sejurus selepas sa'ie agar tidak berlaku perkara yang boleh mendatangkan dam. bawak spare gunting kecik siap2 dalam beg sandang tu. :) jangan korang p bawak parang ke pisau ke dah la ye ? ;D balik bilik kira-kira jam 2++ jugak lah. penat tu memang penat, tp insyaAllah Allah sentiasa ada untuk membantu hamba-hamba-Nya :)



And complete the Hajj or 'umra in the service of Allah. But if ye are prevented (From completing it), send an offering for sacrifice, such as ye may find, and do not shave your heads until the offering reaches the place of sacrifice. And if any of you is ill, or has an ailment in his scalp, (Necessitating shaving), (He should) in compensation either fast, or feed the poor, or offer sacrifice; and when ye are in peaceful conditions (again), if any one wishes to continue the 'umra on to the hajj, He must make an offering, such as he can afford, but if he cannot afford it, He should fast three days during the hajj and seven days on his return, Making ten days in all. This is for those whose household is not in (the precincts of) the Sacred Mosque. And fear Allah, and know that Allah Is strict in punishment.[al-baqarah : 196]


sesungguhnya mukmin itu bersaudara [al-hujuraat : 10]
selesai kembali menunaikan solat subuh, kami kembali ke hotel untuk menikmati sarapan pagi. trip andalusia terkenal dengan kelazatan makanan antaranya. ya, sungguh. lebih-lebih lagi pada kipas-susah-mati daging kambing, jika anda berhajat untuk menunaikan umrah / haji, amek andalusia weyh ! haha. subuh di mekah ketika ini kira-kira jam 5++ . mengenai cuaca pula, mekah ketika ini baru hendak memasuki musim panas. suhu paling tinggi di mekah about 42 degree celcius semestinya pada waktu tengah hari. alhamdulillah, berkesempatan untuk merasa musim sejuk di madinah. aktiviti kami pada hari tersebut adalah untuk dibawa menziarahi tempat-tempat sejarah (ziarah luar). antaranya :




haaaa. nak tahu sejarah di sebalik tempat-tempat tu ? aku decide untuk bercerita di part II memandangkan entry ni pon dah nak masuk kategori berjela, mesti korg bosan. haha. cheongmal mianhe. asif. maaf. :)
maaflah. tulang-tulang aku sememangnya sangat malas bekerja untuk mengedit gambar. haha. :D



# aku akan cuba update part II secepat mungkin insyaAllah. :)
# cuti nak abeh da oiii. cfs dah makin melambai-lambai. haihhh. 
# esok fareez p holls kat melaka. jealous >.< huahuahuahua
# syukur gila. tak sangka akak banyak gila simpan gambar aku. isk isk. terharuu. :') banyak hikmah laptop aku rosak dulu.




thanks for reading uolss. much <3,

[nur]

22 December 2011

tok tok tok..

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]


currently updating my next post. it might take a few days i guess since i only started to write at 3.30pm++ ! and this night, the old friend of mine came to my house to ziarah me. thanks dear ! :) i'll continue my work later on, insyaAllah. and now, i want to sleep, sleep and sleeeeeeppppppp. good night ! ^^


may Allah ease everything. aamiinn ya Rabbal 'alaminn~



# buat pencinta bahasa inggeris, mintak maaf sebab aku dah merosakkan bahasa anda XD

nur :)

20 December 2011

secebis harapan (",)

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

bukak-bukak emel -----> 1 unread message.


click.


dapat comment from cik aisya. abie ! haha. aku mintak maaf weyh. aku ingat kau taw. aku pulak jenis tak publish blog ni. malu lah. kui8. ^^ 


pendek cite cik aisya mengatakan dalam commentnya bahawa beliau tidak tahu akan kewujudan blog aku. takpe bie, tak ramai yang tahu. hehehe. :) post aku pon tak sebanyak insan-insan yang aktif berblogging. aku adalah seorang blogger yang pasif ! kihkihkih ;D


singgah sebentar malam ni. *act dah pagi


cuma ingin menyatakan harapan aku untuk menyiapkan entry aku sepanjang berada di mekah. walaupun ingatan aku dah tak berapa nak segar, tapi aku akan cuba usahakan. to all readers, really hope that kalian tak akan misunderstand tujuan sebenar aku. :) aku cuma nak berkongsi pengalaman sepanjang berada di sana juga aku ingin pahatkan antara kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan dalam bentuk penulisan. salah satunya melalui blog ni. insyaAllah ^^

aku takut. setiap patah kata yang aku tulis akan dipersoalkan di akhirat kelak. jadi jika aku tersilap kata, mohon kalian sudi tegur. aku juga manusia biasa yang kerap kali melakukan dosa. moga apa yang dilakar memberi manfaat kepada kita semua. insyaAllah. 



credit to en.syahirul :)


# mari sama-sama kita tanamkan niat untuk menjejakkan kaki ke sini ? insyaAllah, moga kita dimurahkan rezeki. :')
# gambar aku dalam lappy semua dah hilang. termasuk gambar umrah 2011 juga :'( mohon kalian doakan akk aku masih lagi menyimpannya.
# aku akan cuba secepat yang mungkin untuk next post. doakan aku kuat. terima kasih :)


thanks for reading guys. much <3,

[nur]

14 December 2011

mooowwwwwww !

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

watak utama ^^

watak sampingan ;)



LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.


LEMBU : eh? kenapa?


ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata " hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis ! "

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.


ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku , boleh disamak. Yang dia

sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih

dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


mesti korg dah biasa dengar kan 'dialog' ni ? aku saje nak buat kalian berfikir, ber'ponder' dan renungkan perkara ini sedalam-dalamnya. walau ia nampak remeh, tapi hakikatnya, begitu berat azab yang ditanggung oleh penanggung2 dosa kategori ini.
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa :


"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis lain yang bermaksud :


 "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." 
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan mahram kita. babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram lebih hina daripada babi.
masyaAllah. fikir-fikirkanlah sahabat seagamaku.

lagi satu kalian mesti pernah dengar kan kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi.


 
"Heleh, bid'ah betul. Selimut , selimutlah. Kulit orang , kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?"

bendanya memang tak sama. dosanya sama. bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat ? *dengar tu mimi !

semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. yakin, bukan setakat percaya. kita semua percaya Tuhan itu ada. tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada ? sekiranya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. kita juga akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.

wallahu'alam~

# post ni berkaitan dengan fb status pada malam ni. :)
# malaysian RM fans dah ade group ! eksaited sket. huehuehue. ;p
# tak sabar nak masuk sem baru T.T

thanks for reading guys. much <3,

[nur]

05 December 2011

andalusia

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]


dia sampai lagi. 
ye, sampai dalam peti surat rumah aku.
surat dari andalusia.
ayah perlu menghadirkan diri ke konvensyen hujung bulan ni.


suka, sedih, syukur, takot, semua jadi satu.
satu rasa yang tak tahu bagaimana hendak digambarkan.


ayah berhajat untuk pergi sebanyak 2x.
mungkin feb mungkin mac mungkin mei mungkin juga jun.
if and only if aku boleh ikut,
aku takkan punya perasaan seperti ini.
kesihatan ayah perlu dijaga.
umurnya semakin meningkat.



terpisah sejauh 6982 kilometer.
segalanya boleh terjadi.
moga semuanya baik-baik sahaja.
aku mahu pergi berjihad dengan tenang.





# eksaited sangat ayah nak pergi. anak dia yang lebih2 risaunya. >.< huuu.

# moga ayah bertambah kuat sebelum, semasa dan sekembalinya ke malaysia kelak.
# mimpi nampak dinding masjidil haram. aku rindu. :'(


02 December 2011

fantastic friday ! ^_^

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

ya Allah ya Allah ya Allah. mari basahkan lidah dengan zikir pada hari ini. jumaat yang penuh barakah. allahuakbar~

HIKMAH HARI JUMAAT 

antara hadith yang menyatakan kelebihan hari Jumaat. antaranya :

Yang pertama, Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata, Rasulullah SAW bersabda : 

“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga beliau wafat, dan pada hari itu juga akan ditiup sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyakanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku.”

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan.

“Barang siapa yang pergi ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu pertama, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu. Siapa yang pergi pada saat ketiga, maka seolah-olah dia telah pergi mengorbankan sekor biri-biri. Siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam. Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu kelima, maka seolah-olah telah menghadiahkan sebiji telur. Kemudian apabila imam telah, maka ditutuplah pintu cacatan, diletakkan pena dan berkumpullah para malaikat di sisi mimbar untuk mendengarkan khutbah. Siapa yang datang selepas itu, maka ia hanya datang untuk hak solat sahaja , dia tidak memperoleh apa-apa keutamaan” (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Hikmah yang kedua yang boleh diperoleh pada hari Jumaat ialah masa yang mustajab untuk berdoa. Pada hari Jumaat ini adalah masa yang paling bagus dan mustajab jika kaum Muslimin berdoa dan mengharap sesuatu daripada Allah SWT. Dari Abdurrahman bin Yazid dan Abu Lubabbah bin Abdil munzir, Rasulullah SAW bersabda: 

“Hari Jumaat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari Hari Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan di dalamnya ada lima kelebihan iaitu, hari Allah menjadikan Nabi Adam A.S, hari Allah menurunkan Nabi Adam A.S ke bumi, hari wafatnya Nabi Adam A.S, pada hari itu ada saat mustajab, tiada seorang pun yang berdoa saat itu melainkan Allah pasti memberinya, selama tidak meminta yang haram dan pada hari itulah akan berlakunya kiamat dan tiada seorang Malaikat Muqarrab di langit atau dibumi melainkan ia merasa khuatir(sayang) pada hari Jumaat”

Mengenai masa yang mustajab memohon doa kepada Allah, Rasulullah ada menyebutkan; 

“Sesungguhnya Rasulullah membicarakan tentang hari Jumaat ia berkata. “ Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya. Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan.” (HR Bukhari dan Muslim)

Yang ketiga ialah hari penambahan kurnia. Banyak hadis yang menerangkan bahawa hari Jumaat ini merupakan hari tambahan kurnia dari Allah SWT untuk para hambanya. Hikmah yang keempat ialah hari penuh keampunan dan barakah manakala yang kelima ialah hari untuk umat Muhammad SAW. Allah berfirman: 

“Hai Musa, untukmu hari Sabtu, untuk Isa hari Ahad, untuk Al-Khalil Ibrahim hari Isnin, untuk Zakaria hari Selasa, untuk Yahya hari Rabu, untuk Adam hari Khamis dan untuk Muhammad SAW beserta umatnya hari Jumaat” 

Menurut keterangan Rasulullah SAW hari Jumaat adalah penghulu sekelian hari yang mengandungi ketinggian. Hikmah yang keenam pula ialah terpelihara dari fitnah kubur iaitu orang-orang yang matinya pada hari atau malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur. Dalam sebuah hadis ada menyatakan : 

“Dari Abdullah bin Amr ra. Dari Nabi SAW beliau bersabda: Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR Tarmizi)

Hikmah yang ketujuh ialah baik untuk melangsungkan pernikahan. Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah telah ditanya oleh orang tentang hari Jumaat, maka baginda menjawab: 

"Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan hari pernikahan." 

Kemudian sahabat bertanya lagi: 

"Mengapa demikian ya baginda?" 

Rasulullah pun menjawab:

" Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut. Antaranya ialah pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa, Nabi Yusuf as dengan Siti Zulaikha, Nabi Musa as dengan Shafrawa, Nabi Sulaiman as dengan Puteri Balqis, Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah, Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah dan pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah."


AMALAN PADA HARI JUMAAT

JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:

Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.
Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: 

" Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Membaca surah al-Kahfi.

Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:

“Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)

Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

" Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.

Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar.

Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.

Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.

Antara kepentingannya adalah:

Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam.

Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri.

Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : 

“Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya.

Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:

Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. Nabi bersabda bermaksud: 

"Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: 

" Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)

Wallahualam ^_^

sumber : http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah.php


# mari berjihad untuk menunaikan apa yang termampu. yang penting, istiqamah :)
# aku baru sedar mesej maxis-maxis = 2 sen. -.-"


thanks for reading guys. much <3,

[nur]