*JANGAN baca dengan nada serius :)*
" kenapa dah stop tulis blog ? " em, antara persoalan yang fofular semenjak dua tiga menjak ni. huuu.
and the answer is " aku tak rasa nak tulis. " simple is it ? aku jenis, if and only if aku ada mood baru aku akan tulis. huu lagi. sebab kalau just nak naikkan total post baik tak payah khen. -.- jadi aku nak mintak maaf kepada tuan punya badan n sesiapa lagi yang rajin datang drop by kat sini. cheongmal mianhae. =)
jadi hari ni aku dengan penuh rasa gembiracitanya, nak share 1 resepi dengan korang ----> pavlova. since ramai jugak yang mintak resepi, pasni tak payah nak pm dah, aku kasi link blog aje. keke.
taw pavlova tu ape ? aku boleh katakan ianya merupakan makanan yang berasal dari negara barat. aku tak ingat either new zealand or aussie sebab ada perbalahan mengenai siapa punya makanan pada asalnya. nak taw lebih, macam biasa, sila google =)
" macam mana boleh tiba-tiba rasa nak buat ? "
haaa. kalau nak taw, lama dah actually rasa nak buat ni. siap tengok video kat u tube bagai. sebab bahan-bahan nak buat pavlova ni senang je cuma cara nak maintain bentuk pavlova ni mungkin agak leceh. tapi, kalau semangat korang nak buat tu membuak-buak, mesti awesome punyelah hasilnya !
oke. ni antara bahan2nya :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( aku guna less than ½
cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 / 1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (250 ml ) whipping cream
(jenama RICH’S) *aku beli RM13.80.
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara2
membuatnya :
1. Sebelum menyiapkan adunan, sila
panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius. guna api
bawah je.
2. Pastu bila nak start masak baru
turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.
3. Mula2, asingkan dulu putih telor dgn
kuning telor. ambik yg putih telor aje tau.
4. Kemudian,
putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu
gebu (soft peaks). *nak
tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu
takkan jatuh*putar guna button paling max terus tau, takyah mula
dgn kelajuan rendah pun.
5. Langkah
seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi
sedikit. Jgn berhenti putar ye ? sambil masukkan gula sambil putar.
6. Putar sampai kental. dlm keadaan
mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan
tersebut.
7. Bila
dah sebati, stopkan mixer. kali ni dah tak payah pakai mixer dah. kita
guna spatula / sudu besar takpun pakai senduk nasi pon boleh. hehe.
8. Langkah
seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td.
9.
Pastu
sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.
10.
Seterusnya,
ambil kertas minyak, gariskan bentuk bulat pada kertas minyak n sapukan marjerin or butter utk mengelakkan meringue tu daripada melekat after dah bakar. then, terbalikkan
untuk meletak meringue tadi, kiranya nanti senanglah nak bentukkannya.
11. Make
sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis. kalau
boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.
12. Oke, masa untuk masukkan meringue dlm oven! suhu antara 100-120 darjah celsius. bakar selama 1 jam10 minit.
13. Nak
tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket.
14. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila
JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven. biar jap dia sejuk dlm oven tu dgn
keadaan pintu oven sedikit renggang. Ini mengelakkan pavlova tersebut crack /
merekah. biar dlm 10 minit. pastu baru kuarkan.
Cara menghias
Sangat
penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam
mangkuk mixer.
**Tuangkan
jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak
melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang
berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk
mixer anda.
**Mulakan
dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan
kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream
mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi
1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah
lebih kurang 2 minit.
**
Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan
gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh
cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika
terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau
dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika
terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit
fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia
lebih cair.
2. Bila
whipping cream dah kental. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan
whipped cream dalam plastik. Simpan
dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.
4. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai. Sedia untuk dimakan.
haaa. dah siap ! actually macam yang aku cakap tadi, senang je nak buat pavlova ni cuma agak lama nak tunggu pavlova siap bakar. aku cilok resepi ni dari 4 sumber. tapi ada aku edit2 sket. link dorang dah hilang. so, tak dapat aku nak buat credit kt bawah ni. huu. kepada empunya resepi, aku minta maaf. jasa kalian akan ku kenang sampai bila-bila insyaAllah. :)
4. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai. Sedia untuk dimakan.
haaa. dah siap ! actually macam yang aku cakap tadi, senang je nak buat pavlova ni cuma agak lama nak tunggu pavlova siap bakar. aku cilok resepi ni dari 4 sumber. tapi ada aku edit2 sket. link dorang dah hilang. so, tak dapat aku nak buat credit kt bawah ni. huu. kepada empunya resepi, aku minta maaf. jasa kalian akan ku kenang sampai bila-bila insyaAllah. :)
bila share resepi ni, ada gambar baru best. ^^
akak aku kate seni dye dpt A, so, memang cantik la dye bentukkan. hihi. |
hias je macam mane pon. ikut kreativiti masing2 :) |
mr.lova-lova ;p |
happy trying ppl ! =)
No comments:
Post a Comment