:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

05 January 2012

HD (",)

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

" kata orang, manusia hanya akan menghargai sesuatu itu apabila ianya hilang dari pandangan mata. ketika ianya masih berada di depan mata, jarang sekali manusia seperti kita ini yang benar-benar menzahirkan tanda penghargaan mereka. "


intro yang agak berat, tapi sebenarnya isinya ringan sahaja. ^^ aku hanya nak menceritakan bahawa baby hard disk aku tertinggal di rumah seorang sahabat. alamatnya, buat masa terdekat ini, tak dapatlah aku nak update kisah sepanjang di mekah bahagian III. kisahnya sudah disimpan di bahagian draft, cuma ada video dan gambar yang ingin aku kongsikan.


cuma hendak membuatkan kita sama-sama berfikir buat sesaat dua. contoh yang paling terdekat, ibu bapa kita. bagaimana sekiranya ibu bapa kita sudah tiada lagi buat selama-lamanya ? buat yang sudah kehilangan salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali, ayuh doakan agar mereka ditempatkan dalam golongan orang-orang yang bertaqwa insyaAllah. al-fatihah~ 

buat yang masih mempunyai ibu dan bapa, termasuk aku, sedarlah, kita sebenarnya amat bernasib baik kerana pada usia ini, masih ada lagi insan yang bersusah-payah menjaga makan pakai kita walhal ketika usia ini makan pakai mereka yang sepatutnya dijaga oleh kita. *merujuk kepada ibu bapa yang sudah lanjut usianya seperti saya. :')

oleh itu, marilah kita saling mengingati sesama kita kerana sesungguhnya manusia adalah makhluk Allah yang seringkali lupa. hargailah sesuatu / seseorang itu sementara ia masih berada di depan mata kita. :') <3 jangan pernah kita mensia-siakan mereka. 



" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. "
[al-isra' : 23] 


wallhu'alam~ 

[nur] :)

No comments: