:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

09 June 2012

jiwa yang tenang

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

^^
 " jiwa yang tenang ialah apabila waktu tidur ia dapat tidur, dan apabila waktu bangun ia dapat bangun. " 
-ikim fm-

sentap kottt. huuu. nak berazam untuk tidur awal lepas ni. baiki, baiki dan cuba perbaiki lagi apa yang kurang. masa tidak akan pernah menunggu kita untuk berubah !



08 June 2012

mahal VS murah

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]
 
<3
Gadis A : Eh, mahalnya stokin kau beli. Sepasang mau dekat RM5. Itu baru stokin. Hand sock tu lagi mahal. Tak campur dengan lain lagi. Tengok baju aku. Sehelai baru berapa ringgit je.

Gadis B : Kau beli baju apa?

Gadis A : Baju t-shirt lengan pendek ni, baru berapa ringgit je. Dah boleh pakai pegi mana-mana. Selesa, takde serabut sangat, tak panas. Kau nak kena beli itu la, ini la.

Gadis B : Ohh, pakaian yang buka aurat, memanglah MURAH. Murah jugak harga diri kita bila pakainya. Pakaian yang tutup aurat, biar MAHAL takpe. SeMAHAL aurat yang dijaga :) InsyaALLAH


# jom pakat2 jaga aurat ? especially tang kaki dan tang lengan. jangan ambil ringan. sebab kedua2nya masih dalam aurat kita sebagai seorang wanita muslim. =) jangan sekadar pahatkan islam di ic, tetapi sematkan juga ia ke dalam hati. ^^

07 June 2012

pyaar mein sauda nahi hota :')

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

mohabbatein ^^


kenal gambar ni ? aku pasti 8 out of 10 yg akan cakap, " sukaaaaa sangat movie ni ! " actually petang tadi tiba-tiba aku rasa nak tgk movie ni even aku rasa dah beratus kali jugak lah dok mengulang cerita / lagunya. personally, bagi aku cerita ni ada mesejnya, iaitu hanya cinta yang tulus dan suci yang akan berkekalan sampai bila-bila. lebih kurang cmtula. aku pon tak reti sangat nak olah lebih2. tak pon korg p tgk movie ni. dont get me wrong. aku bukan nak menyeru pada benda yang lagha, cuma nak sampaikan yang tak semua movie2 hindustan ni langsung tidak mempunyai apa2 mesej. ustaz aku kat smakl tu pon tengok oke mohabbatein ni. siap boleh nyanyi lagi one of the songs dkt perhimpunan time laporan keceriaan kelas. haha. but that song mmg has a deep meaning la. for me, certain hindi movies are better than kebanyakan drama melayu yang kadang2 tu macam takde motif. huu. 
*minta maaf pada peminat setia drama melayu ;p* 

bukan hanya cinta kepada pasangan semata-mata. definisi cinta itu kan sangat luas. cuma ianya bergantung kepada kita bagaimana mahu mengungkapkan definisi cinta itu sendiri. cinta kepada Allah, cinta kepada rasul, cinta kepada kedua ibu bapa kita, cinta kepada adik-beradik dan keluarga, cinta pada haiwan, cinta pada alam semula jadi dan baaanyak lagi.

duniya mein kitni hai nafratein 
there is a lot of hatred in this world

phir bhi dilon mein hain chaahatein 
still there is a lot of love in the hearts of those who are in love

mar bhi jaayein pyaar waalay
even after lovers have died

mit bhi jaayein yaar waalay
after their beloved have perished

zinda rehti hain unki mohabbatein
but their loves live on, forever


oh ya. dan ada satu lagi yang berjaya menarik perhatian aku.


koi pyaar kare to tumse kare, tum jaise hoon vaasi kare,
one should love you for who you are, not the way he/she wants you to be,

koi tumko badaalka/i pyaar kare,
if someone tries to change you

to woh pyaar nahi, woh sauda kare
then it's not love but a compromise

aur saiba, pyaar mein sauda nahi hota
and darling, one doesn't compromise in love 
:')


nak explain lebih pon aku rasa korg pon mesti dah faham dari translation kata2 ni. to make it short and simple, 
just be yourself ! 




06 June 2012

cikgu fareez ! :D

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

aimi ! thanks for calling !! rindunyeeee kau. huuu. lama jugak bergayut ngan budak ni. hihi. pagi ni mak aku takde. p halaqah tv9 tu. nak follow tp kena bayar. bg aku sebagai penganggur ni mmg mahal la bayaran tu. tp mak aku kata nak ikut boleh je sbb ada tmpat kosong. tp xpe lah. nnt kesian pulak ayah aku sorg2 nak jaga budak2 ni. huhu.

enough for intro. hek. aku just nak bercerita bahawa fareez sememangnya ada bakat terpendam utk jadi guru yg berdedikasi suatu hari nanti. keke. kitorg memang gelak terkekek2 jugaklah kalau tgk si fareez ni mengajar hafiz membaca. hafiz ni sama je umur ngan fareez, tp tahap kelancaran dia membaca agak sedikit lambat. jadinya cuti sekolah ni memang kena pulun habis la suruh dia membaca. mula2 tu aku yg ajar, then kak ct, then skarang ni ada cikgu yg lebih berbakat dari kami berdua rupa2nya. siapa lagi kalau bukan, si fareez ikhwan ;)


fareez : haaa. baca !
hafiz : pa..da su..a..tu ha..ri.. su..tan
fareez : haaaa ? apa tadi ? baca balik baca balik. baca kuat sket. xdengar.
hafiz : pada su..atu ha..ri.. sutan
fareez : mana tgk ? issshhh. sultan la. bukan sutan !
hafiz : pada suatu hari, sultan dan ......
fareez : *sambil buat latihan matematik*  5,6,7,8,9... 4x4, haaa. 16.
hafiz : *tiba2 berhenti membaca*
fareez : *mata masih lagi pada buku matematiknya* hafiz ?? baca la cepat. nak pandai ke taknak ? kalau nak pandai, kena baca banyak2. cepat baca, cepat !
hafiz : *meneruskan pembacaan tanpa banyak songeh* sultan dan seterunya..
fareez : seteru ?? mana tgk ? issshhh. isterinya la, bukan seterunya. *6x3, haaa. dh dpt. 18 !


----------------------------------

ni lah antara 'adegan' feveret aku sepanjang menghabiskan cuti bersama depa ni. memang aku tabik la fareez. even baru 8 tahun, sambil belajar sambil2 tu boleh mengajar. =)


# to anis, iffah, mirah, kin, eg, nafilah, n others yg mengenali aimi nadhirah, beliau kirim salam pada anda (:
# ptg ni marathon rm lagi dgn kak ct. dia sudah dijagkiti virus. huehuehue. finally, ada jugak gang nak gelak time tgk rm kt rumah. ;D



bosan ?

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]


inilah jadinya bila mood menulis aku sedang aktif. smpai rasa nak buat 2-3 post pulak. sekali-sekala kan. apa salahnya. hihi. sementara mata tak pedih lagi.  

"cepat2 lah activate fb balik. rindu dah ni >.<"

bila baca mesej tu aku baru sedar yg agak lama jugak lah aku meninggalkan dunia maya yang tidak asing lagi ni iaitu facebook. mungkin bagi orang lain benda ni perkara biasa, tp aku rasa as a person yg used to be fb-addict ni mungkin agak luar biasa jugak la. kot ? haha. aku pon tak ingat act bila aku deactivate, so tak sure lah kan lame mane. hehe. dulu pnah jugak buat, tp esoknye trus activate balik. kah3. xde keje btol -_____-


bile nak activate balik ? bile ye ? haihhh. malas dah. nak delete tros pulak rasa. mungkin aku dah penat. mungkin. tp tak lame dah. ill be back. ;) aku deactivate ni bersebab. mana mungkin tak bersebab langsung kan. salah satu nya, act ada 1 malam tu ada satu insiden kecil berlaku. n time tu aku berusaha sedaya upaya yang termampu utk menahan diri aku dari mmbuat perkara yg tidak sepatutnya. sedih tu toksah cakap. dpan public kot. tp aku dah maafkan pon. mungkin salah aku jugak. n post tu pon telah di delete. terima kasih kpd pihak yg berkenaan. :)


antara sbb lainnya, result. aku takut aku tak kuat nak berhadapan dgn semua yg majoritinya aku tahu result mereka akan jauh lebih baik dari aku. mesti punye ada status, " alhamdulillah. terima kasih ya Allah. dekan lagi " or what-so-ever yg bersekutu dengannya. korg nak kata aku pon, kata lah. lain org, lain cara nya, ye dak ? aku tak kisah kalau kwn2 nak tanya. tanya je. sbb aku pon kdg2 sibuk nak taw org punya even dri sndiri pon biasa2 je. huu. but for me, aku prefer by pm. seingat aku, aku pon jarang tanya result2 ni dpan public or dgn kata lainnya by wall post, tag n seangkatan dengannya. taw2 la kan bila dekat public, macam2 boleh jadi. *sigh*


but alhamdulillah. result tak seperti yg di expect kan. Dia bg lebih dari tu. aku percaya itu yg terbaik utk aku. mungkin aku perlukan cgpa sebegitu rupa utk melayakkan diri ke course optometry or dll, who knows ? Allah adalah sebaik2 perancang. He knows the best for us at ALL TIME right ? :') okay, enough bout result. case closed.


untuk tak join tawe, aku minta maaf kepada mereka yg berkenaan. aku buat keputusan cmni ada sebabnya. mcm yg pnah aku cakap, " always put yourself in others' shoes. if you feel that it hurts you, it probably hurts the person too. " dan ya, aku boleh katakan, dgn bantuan Dia, aku tak salah buat keputusan. hampir sebulan aku bercuti, aku belum jumpa lagi perkataan 'bosan' dduk terperap kat rumah ni. banyak benda baru yg aku belajar. anak2 buah pun cuti sekolah dgn rasa gembiranya nak menghabiskan masa kat wangsa maju. taknak balik n9. hehe. pagi2 bg dorg makan, tgk tv, main. then zuhur. after zuhur, ajar dorg mengaji. lepas mengaji, ajar subjek2 kt skolah pulak. then asar. after asar, dorg join mak aku tgk cite endon. tak pon main tab. makan nasi lagi. maghrib. tgk tv. isyak. zzzzz. itu lah rutin harian anak buah2 kesayangan aku. penat tu tak payah cakap. huehuehue. tp aku gembira. tgk dorg membesar dpan mata. ecehh. ;p tp minggu ni last. mungkin lpas ni aku akan jumpa pkataan 'bosan' tu. huhu.


itu lah serba sedikit apa yg aku buat sepanjang cuti ni. apa nak buat lpas ni masih dalam perancangan. :)


.........................

# this weekend overnight kat desa coalfield. ramai2 tido sana. we're gonna have a birthday celebration there. yeayyy ! especially for junes' ---> ayah, mak, abg ijam, kak ct n kak ayu. huuuhh. ramai btol. jeles >.< cuma yg risau nye mstilah part baby aku ---> cimot ! waaaa. hopefully dye dpt adapt lah dgn suasana rumah yg jauh berbeza. isk isk. 

# lasagna = done ! hoisshhhh. sedap gilaaaaaa. tp bukan aku je buat, hasil air tgn akk aku skali. harusla sdap. hehe. nnt aku share kan resepi. to those yg ada oven, mesti try ! takyah susah2 beli kt pizza hut. ;)

# aku tak sabar sgt nak tggu ramadhan n syawal tahun ni. mcm 1st time je since blaja ni ramadhan full kat rumah. :') n utk syawal tahun ni, my whole family akan raya kat kedah ! kedahhhhhhh tuuu. utk family yg ada adik-beradik yg dah kahwin, i guess korg mesti faham perasaan aku ni. ipar duai pakat join raya sekali. hihi. lg2 buat insan mcm aku yg dah lebih setahun tak balik kg AND aku rasa last aku raya kt kg time 5-6 taon kot. apalah nasib. T.T

kerja $$$

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

019430**** calling....
 
 



pemanggil : hello, assalamualaikum. boleh saya bercakap dengan cik mimi ?
 *bunyi mcm suara kwn lame aku. aku pon dgn slumbernye pon menjawab dgn riang   rianya. hua hua hua*   
aku : waalaikumussalam. haaa. ni mimi ni. sapa ni ?
pemanggil : err, cik mimi ye ? tadi ada send CV kt saya by email kn ? kerja di legal firm tu.
aku : err, ohh. haa. ada2. 
pemanggil : haaa. camni cik mimi, sy dah tgk CV cik mimi. semua oke. kami act cari yg full 
                 time, tp temporary dlm 2-3 bulan boleh je. tp boss sy kata dye nak bercakap
                 dgn cik mimi, boleh cik mimi call dia nanti ?
aku : ouh. oke. boleh, insyaAllah. nnt encik sms kan no.dia lah ye ? tima kasih. 
pemanggil : oke. jap g saya sms insyaAllah.
aku : oke. terima kasih ye encik.
pemanggil : sama-sama. oke, assalamualaikum.
aku : waalaikumussalam. 



 *1 message received* 

pls call en suhaimi 013530****

aku pon pikir punya pikir, call tak nak, call tak nak. kerja ni aku suka sbb dekat dgn rumah. office dorg blkg wangsa walk. kerja clerk/data entry lebih kurang la. salary pon oke. office hour je. sabtu ahad cuti. tp, as a wanita muslim plus tudung aku yang agak labuh, aku decide untuk mesej si pemanggil tadi sbb aku rasa dari percakapan dia td, mungkin dia akan faham.

menu--->messaging--->write new--->text message

salam. sy mimi yang encik call tadi. before apa2, maaf saya bertanya. adakah tempat encik sesuai untuk wanita yang berimej muslimah ? honestly, sy bertudung labuh. tq.

dup dap dup dap jugak lah kan nak menunggu jawapan dari si pemanggil td. tak lama kemudian,

1 message received--->read

xde masalah. personally sy prefer imej camtu, dlm ofis pun ada surau, pantry. majoriti staf pun pompuan.

nak taw apa aku rasa time tu ? haha. aku rasa nak start kerja on that time jugak. keke. tp seriously, actually susah jugak nak cari kerja skang ni yg boss nye melayu area2 rumah aku ni. huu. kebanyakan yg kosong, boss msti cina / india. banyak tempat jugak lah aku emailkan CV aku tu tp skang ni susah utk dptkan temporary position. byk yang nak permanent / part-time. huu lagi. >.< aku act takde lah memilih sgt, cuma kena dgn imej aku, ada transport, aku on je as long as kerja yang halal lah pastinya. then, aku pon trus lah g call en suhaimi td dengan semangat berkobar2nya. hehe. bila dah call rupanya dia nak pakai orang until september. memang tak dapek le den nak nolong kalau cmtu gayanya. hoho. aku pon dgn perasaan hampanya p lah mesej si pemanggil tu td utk ckp thanks and inform yg en suhaimi nak pekerja yg boleh kerja smpai sept dan ke atas. ye la, mane taw kot2 pasni ada budak cuti sem macam aku ni p apply, boleh si pemanggil td maklumkan condition sebenarnya. kang tak pasal2 kena mcm aku sbb suara en suhaimi tu boleh tahan le tegas nya. kui8.

salam. dah call en suhaimi td. dia kata nak yg boleh kerja smpai at least sept. sy mmg tak dapat lah sbb nak masuk degree dh time tu insyaAllah. apa2 pun, terima kasih byk atas bantuan. salam.

1 message received :

ok, selamat maju jaya ya !!

haha. kelakar pula aku rasa. tapi, takpe lah. mungkin itu bukan tempat yg terbaik untuk aku. everything happen for a reason right ? hampa lah jugak. tp 3 minit je. keh3. pastu semestinya aku meneruskan pencarian. hidup perlu diteruskan ! erk >.<

................... 

# semoga esok lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari semalam, insyaAllah :')      

03 June 2012

mr.lova lova

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]


*JANGAN baca dengan nada serius :)*

" kenapa dah stop tulis blog ? " em, antara persoalan yang fofular semenjak dua tiga menjak ni. huuu. 

and the answer is " aku tak rasa nak tulis. " simple is it ? aku jenis, if and only if aku ada mood baru aku akan tulis. huu lagi. sebab kalau just nak naikkan total post baik tak payah khen. -.- jadi aku nak mintak maaf kepada tuan punya badan n sesiapa lagi yang rajin datang drop by kat sini. cheongmal mianhae. =) 


jadi hari ni aku dengan penuh rasa gembiracitanya, nak share 1 resepi dengan korang ----> pavlova. since ramai jugak yang mintak resepi, pasni tak payah nak pm dah, aku kasi link blog aje. keke. 

taw pavlova tu ape ? aku boleh katakan ianya merupakan makanan yang berasal dari negara barat. aku tak ingat either new zealand or aussie sebab ada perbalahan mengenai siapa punya makanan pada asalnya. nak taw lebih, macam biasa, sila google =)  


" macam mana boleh tiba-tiba rasa nak buat ? " 


haaa. kalau nak taw, lama dah actually rasa nak buat ni. siap tengok video kat u tube bagai. sebab bahan-bahan nak buat pavlova ni senang je cuma cara nak maintain bentuk pavlova ni mungkin agak leceh. tapi, kalau semangat korang nak buat tu membuak-buak, mesti awesome punyelah hasilnya ! 


oke. ni antara bahan2nya :


 4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( aku guna less than ½ cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 / 1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (250 ml ) whipping cream (jenama RICH’S) *aku beli RM13.80.
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara2 membuatnya :


1.  Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius. guna api bawah je.

2.  Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.

3.  Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor. ambik yg putih telor aje tau.

4.  Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks). *nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh*putar guna button paling max terus tau, takyah mula dgn kelajuan rendah pun.

5.  Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit. Jgn berhenti putar ye ? sambil masukkan gula sambil putar.

6.  Putar sampai kental. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.

7.  Bila dah sebati, stopkan mixer. kali ni dah tak payah pakai mixer dah. kita guna spatula / sudu besar takpun pakai senduk nasi pon boleh. hehe.

8.  Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td.

9.  Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.

10.  Seterusnya, ambil kertas minyak, gariskan bentuk bulat pada kertas minyak n sapukan marjerin or butter utk mengelakkan meringue tu daripada melekat after dah bakar. then, terbalikkan untuk meletak meringue tadi, kiranya nanti senanglah nak bentukkannya.

11. Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.

12. Oke, masa untuk masukkan meringue dlm oven! suhu antara 100-120 darjah celsius. bakar selama 1 jam10 minit.

13. Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket.

14. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven. biar jap dia sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang. Ini mengelakkan pavlova tersebut crack / merekah. biar dlm 10 minit. pastu baru kuarkan.

Cara menghias
Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer.

**Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.

**Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.

** Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.


1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.  (Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku putar)


2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan esen vanila. 
 
3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.
  
4. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai. Sedia untuk dimakan

haaa. dah siap ! actually macam yang aku cakap tadi, senang je nak buat pavlova ni cuma agak lama nak tunggu pavlova siap bakar. aku cilok resepi ni dari 4 sumber. tapi ada aku edit2 sket. link dorang dah hilang. so, tak dapat aku nak buat credit kt bawah ni. huu. kepada empunya resepi, aku minta maaf. jasa kalian akan ku kenang sampai bila-bila insyaAllah. :)


bila share resepi ni, ada gambar baru best. ^^

akak aku kate seni dye dpt A, so, memang cantik la dye bentukkan. hihi.
hias je macam mane pon. ikut kreativiti masing2 :)
mr.lova-lova ;p
 
happy trying ppl ! =)