:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

10 February 2013

epal :)

[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]
alhamdulillah. seperti yang 'dijanjikan', minggu ni, terpacak lagi muka aku depan pintu pagar rumah. cuma, 'percutian' kali ni agak sedikit sunyi disebabkan mak n ayah yang pulang ke kampung sejurus menerima berita mengenai arwah mak long. 
al-fatihah.
balik ke kl kali ni bertemankan bas etiqa ekspress. biasanya aku lebih suka balik dgn bulan restu, tp malangnya, kaunter dah tutup time aku g beli tiket. "etiqa pon etiqa lah, asalkan boleh 'beraya-cina' kat kl," aku bermonolog sendirian. balik kali ni tidak berteman disebabkan si anis yang ber-kelas sehingga ke hari jumaat sedangkan kelas aku sampai khamis petang sahaja. tiket khamis jam 8 malam. atas bantuan assistant class rep opto yg berkaliber lagi bertanggungjawab (bantuan merujuk kepada merempit; vroom vroom), sampai lah aku di terminal tepat jam 7.50pm. thanks a lot es. i owe you. nanti kite belanje okayh ? ;p tunggu punya tunggu punya tunggu, bas etiqa hanya memunculkan dirinya jam 8.30pm. jammed katanya. al-maklumlah, ramai yang nak balik beraya. bukan aku je. walaupun jelas dan nyata raya cina adalah perayaan kaum cina. well, kata 1 malaysia. cuti umum tetap cuti untuk semua ;) 
time beli tiket awal2 lagi dah pesan untuk reserved single seat. seat no.2. personally, aku tak kisah pon mana2 tempat duduk melainkan seat belakang sekali. fenin lah fenin. mula2, while waiting for other passengers, aku pon apa lagi, novel-ing time. nanti bas dah gerak for sure golap punye. sempat lah jugak baca 1-2 bab. bila dah gerak, lampu tutup, apa lagi, landing time ! wohooooo :D time tu lah baru aku sedar yg sememangnya seat dia tersangatlah luas dan selesa ! mula2 tido je aku boleh cover, last2 sejuk sangat, aku naikkan kaki. adehh. memang tindakan di luar jangkaan betul -.- mamai katakan. sampai bas berhenti pon aku tak turun. aku sedar, tapi disebabkan mata ni tak boleh bukak sgt2, aku pon apa lgi, bantai sambung tido. hewhewhew. kalaulah bas tu ada cctv, teringin jugak nak tengok rupa dan keadaan aku ketika itu. disebabkan hujan n boleh dikatakan banyak jugak kereta, dlm 12.15am baru aku sampai greenwood. alhamdulillah :)
oke. enough story pasal bas. lately, selalu sgt ternampak post pasal smakl. nak kata 'rindu lah jugak' tu mmg tipu lah sangat kan. sebab sememangnya rindu pada kawan2 smakl semakin hari semakin membuak2. huu. bumi smakl telah meninggalkan kesan sejarah yang paling mendalam buat diri aku. macam2 yang terjadi sepanjang 5 tahun menuntut di sana. yup. aku rindu suasana itu. aku rindu karenah itu. aku rindu jerih-payah itu. aku rindu sokongan itu. dan, aku rindu akan suara itu. insyaAllah, penantian ini bakal berakhir pada 22 jun 2013. harap sangat diberi peluang untuk bersua muka dengan sahabat handai esp yang dah lama terpisah. 
cuti tinggal esok dan lusa. kejap je rasa T.T esok mak ayah balik. esok petang jugak insyaAllah, aku akan cuba hasilkan 'dotdot' (bak kata anis) yang comel2 belaka. takot tak jadi jek. takpe lah, belum cuba belum tahu. ye dak ? orang lain boleh kenapa kita tidak ? ayat nak naikkan semangat. puii. haha. ini semua poyoooo XD
oke. time to sleep. bed time story (nota critical thinking) dah memanggil2 :p
an apple a day keeps the doctor away ^^

# aku pon tak tahu mcm mana out of the blue aku boleh tpikir idiom ni. tersirat mungkin ?
# mood nak makan cake dah datang menyerang >.<

No comments: