:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

24 December 2012

number one for me ;')

[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]
 
03-4143****
*calling*
tuuuuuutttttttt (no answer)
*call ended*
---------------------------------------20 minutes later-------------------------------------------------
*Mak kite calling* 
*answer*
M : assalamualaikum, maaaakkkkk. mak buat ape ? :) mak sehat ?
mak : waalaikumussalam. mak borak dgn kwn mak jap td. ayah tgh rehat. awat ? 
M : hehe. sj call. adik ada kursus jenazah pagi ni. mak, minggu dpan banyak kuiz. study untuk final pon tak abeh lagi. malam ni n esok pagi smpai tgah hari ada kls. mak doakan adik ye ? T.T (cut version :p)
mak : ohh. yke ? insyaAllah, mak sntiasa doakan adik. adik dah sehat ke ? makan ubat tak ?
M : alhamdulillah, nak lega dah. tinggal batuk selesema sket. errr, ubat selesema abeh dah makan. ubat batuk je tak. huhu
mak : laaaa. mana boleh gitu. nanti bli ubat woods ke takpon bli gula2 hacks.
M : haaaa. gula2 hacks ada2. dah makan dah :) mak, cimot oke ? sehat ? ayah mak sehat ?
mak : cimot okeeeeeeee. oke sgt. makan tido je keje ! mcm biasa :p tiap2 ari tido bilik mak ;)
M : owhhh. hehe. cimot memang ! tak sbrnya nak balik. T.T mak ayah sehat tak ni ?
mak : ayah sehat alhamdulillah :)
M : mak ?
mak : mak ? huhu. tak bp sehat sgt. mak demam ni. dah 4 hari. patu dok asyik pening je. darah tinggi ni.
M : laaaaaa. yke ?? mak tak g klinik ? 4 hari dah dmam. *suara dah start vibrate T.T*
mak : tak p pon. 19 ni mak ada check up. nanti time tu lah check. huhu.
M : *maaakkkkkk T.T*
------------------------------------------cut version-----------------------------------------------------
*letak telefon sambil berusaha sedaya upaya untuk menakung air mata*
antara pengorbanan seorang insan bernama ibu. ibu mana yang sanggup membiarkan anaknya dalam kerisauan lebih2 lagi disebabkan dirinya sendiri. tidak ada. ibu insan yang paling istimewa, tiada galang gantinya. darjat seorang ibu itu sangatlah tinggi sehinggakan Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 36 :


"Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua....." 

juga disebut dalam surah al-An'am ayat 151 :

"Katakanlah (Muhammad), 'marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. jangan mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baik kepada ibu bapa......"

tuntutan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa amatlah penting kerana ia seringkali disebut di dalam al-Quran selepas ketaatan kepada Allah. 

"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
"Ibu kamu," jawab Nabi.
"Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi.
"Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi.
"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga.
"Dan selepas itu?"
"Selepas itu ayah kamu."
 [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]


the number one for me :')

13 December 2012

[insecure]

[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]
  
" If it is meant to be, it will be.. " 
 
merdekaaaaaaaaaa ! merdeka dari pbl je baru >.< only for this sem. got pbl session AGAIN for the next semester, next year ;) *menangis sambil mengeluarkan tisu dari kotaknya*
hmm. copied that quote above from puan denabahrin's blog. pretty sure that all of u are following her writing too, right ? ;) mommy-to-be tuu. mari kita doakan moga beliau selamat melahirkan putera/i nya dengan selamat. aaminn. *sambil menadah tangan ke langit* 
actually, pernah je dengar quote kat atas tu, tp once bila ternampak kat blog dena, terus terpikir nak copy. hu hu. ada apa dengan ia ? *wondering also* :p takde ape yg special pon actually. sj je suka2 nak copy. boleh ? haha ;) soal hati dan perasaan, taw2 je la kan, bila diutarakan, 7 hari 7 malam pon takkan abeh. u knew what i meant ;') *cc; NAA, NIS, AR, NA* 
pejam celik pejam celik *commonsentence*, sem ni dah pun nak melabuhkan tirainya. cehh. ayat mcm dah nak grad je >.< abeh sem 1 year 1 baru. isk isk. ayat yang paling sesuai buat masa dan ketika ini ------> cepatlah berakhir semua ni T.T dah rindu sangat dengan semua orang ni. bertahan mimi, bertahan. just a few days *taknak bg nampak lama sgt, padahal berminggu lagi. pfffftttt -.-* left :') banyak pulak benda yang tak settle lg lepas abeh IKOD. ingat dah abeh IKOD, boleh lah fokus untuk final. luckily esaimen bm n UNGS dah siap awal2. meh nak list sket bnda2 yg tak settle lagi. here we go. hmmm. :
1) biochemistry presentation
2) psychology quiz
3) physiology quiz
4) optics quiz
5) biochemistry lab report
6) optics lab report
uhuk uhuk. baru lega demam tp tgk list ni rasa nak demam balik T.T ni baru allied mimi. allied. belum medic dentist lagi. antara hikmah yang aku dah nampak mengapa jalan aku ke kos kritikal berliku-liku. tapi, apa pon yang berlaku, mari kita renung kembali janji Allah dalam surah al-baqarah :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
jadi,  "aku tidak mampu !" tidak sepatutnya meniti laju di bibir kita. sesungguhnya, kita semua akan diuji sesuai mengikut kemampuan kita. sehebat mana pun ujian itu, sesukar mana pun ujian itu di mata kita, percayalah, kita mampu untuk mengharunginya ! ^_^ yeaahhhhh :D *clap clap clap* 
so, common guys ! boost your energy ! quadruple the effort ! *ayatharusbombastik* let us strive and give the BEST for this upcoming F.I.N.A.L.E examination ;D prove that KAHS students are also be able to perform well in the examination. aamiin *sambil meraup tangan ke wajah*
last but not least, 
<3
# fb status - 11/12/12 : Allah preserves it. Once again :') # [IKOD12]
oke. cukup buat kali ni. slide show biochem dah memanggil manggil :/ ada mood nanti update lagi ^^v 
babai. *sambil tangan melambai-lambai ke udara*
assalamualaikum =)

25 November 2012

istikharah jalan terbaik :')

[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]
 
^_^
“ Telah tertulis satu nama di Luh Mahfuz..

 Siapa, bagaimana & dimana orangnya masih terhijab di sebalik ISTIKHARAH..  
ALLAH adalah sebaik-baik perancang, hanya untuk yang selayaknya "
-PDH-

09 November 2012

where are you ??

[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]


alhamdulillah. sebelum apa2, mari kita tadahkan kedua-dua tangan kita atas nikmat yang dikurniakan sehingga hari ini tidak lain dan tidak bukan iaitu nikmat islam dan juga iman :)


mid sem 
=finished

perasaan
=undefined

result
=?

exam dah abeh. kuiz pon. tapi tetap tak rasa happy mana pon. huhu. mengapa ye ? hmmm. aku sendiri tak dapat cari puncanya. yg penting skrg, aku rasa nak balik. nak jumpa family. rindu semua sangat T.T *oke, every week pon rasa gitu. cuma kali ni rasa nak balik tu lagi membuak-buak.  

" yang dah lepas biarkan ia berlalu pergi. yg penting, you have to keep MOVING forward ! " -SA-

                                                *********************************

# moga sang pelangi datang berkunjung setelah sang hujan merembeskan segala isinya :'')
# where are you now ?? :$ 



18 September 2012

berhati-hati menjaga hati ^^

[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]

lama tak update, huh ? busy ? busy lah jugak. even tak sebusy budak2 medic, kita seharusnya menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang berfaedah. untuk yang masih belum tahu, *ada ke?* alhamdulillah, aku telah berjaya ditawarkan untuk menyambung pengajian di UIA kuantan dalam bidang optometri. "optometri tu apa ?"  senang cite, optometri ni belajar benda yang berkait rapat dengan our EYE :) yess. mata adalah salah satu anggota badan yang susah nak dijaga selain lidah dan juga hati. 

firman Allah dalam surah an-nur, ayat 35 :


"Allah is the Light of the heavens and the earth. The parable of His Light is as (if there were) a niche and within it a lamp, the lamp is in glass, the glass as it were a brilliant star, lit from a blessed tree, an olive, neither of the east (i.e. neither it gets sun-rays only in the morning) nor of the west (i.e. nor it gets sun-rays only in the afternoon, but it is exposed to the sun all day long), whose oil would almost glow forth (of itself), though no fire touched it. Light upon Light! Allah guides to His Light whom He wills. And Allah sets forth parables for mankind, and Allah is All-Knower of everything."


so far, dah 2 minggu aku terpaksa rela untuk stay kat kuantan. and alhamdulillah, aku boleh kata aku dah boleh adapt kot dengan environment baru kt sini. 1st time jauh dari rumah, 1st time tak boleh balik selalu, 1st time kena balik nak bas yg perjalanannya hampir memakan masa selama 3 jam, 1st time kena pergi beli tiket pergi balik sendiri.boleh dikatakan semuanya adalah kali pertama. masa kena tinggal tu, hoh, waa cakap lu, gila sedih sebak rasa nak menjerit je jangan tinggalkan adik kat sini sorg2. ye lahh. mana ada pak mak sedara sepupu sepapat kt pahang ni weyh. nobody. hujung minggu pon mana mak ayah larat nak datang jenguk kat sini. huu. tengok orang lain yang dok angkut2 beg hujung minggu tu buat hati rasa erghhh. tapi tu lahh. Allah tu Maha Adil. dulu kt cfs, orang dok tengok muka aku je yang akan senyum sampai ke telinga bila tiba hujung minggu. sekarang, turn aku lah pulak tengok orang lain gitu. ye dak ? sebab Dia tahu aku mampu, sebab tu aku dicampakkan ke bumi kuantan ni. :')

[48:4]

bumi kuantan sungguh jauh berbeza dengan bumi gombak. suasana di sini, subhanallah, ketenangannya sungguh tidak tergambar dengan kata-kata. hanya yang pernah berada di sini dapat merasai, betapa tenangnya uia kuantan =) and di kesempatan ini jugak aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat2 yang sentiasa ada waktu jatuh bangun aku sepanjang di cfs n seterusnya di kuantan ini. honestly, tiada kalian, tiadalah syamimi yang mampu untuk senyum menyatakan bahawa dia bangga menjadi salah seorang warga iium kuantan <3 and of course, pada mulanya, boleh dikatakan, banyak kali jugak lah menangis tu. perkara biasa kot time mula2 masuk. heh. antaranya, akhirnya, aku n sahabat yang paling aku baik masa sekolah dulu dah terpisah. siapa lagi kalau bukan anis amira. huu. byk kali jugak lah mesej ctct kt fb. dulu nak story apa2 pon sng je. pagi ptg siang malam dok berkepit. problem dia, problem aku. problem aku, problem dia. bak kata org cubit paha kiri, paha kanan terasa tuu. last kali kat sini, hah. ambik kau. mahallah lain, kulliyyah pon lain. waktu makan hujung minggu je la dpt jumpa kau nis. huu. rasa lain gila kot kau takde. :'( aahhh. takpe lah. at least kita masih satu u lagi kan ? huu. :') aku doakan agar kau dapat jadi ahli farmasi muslim yang berjaya suatu hari nanti. aamiin ^^

nafilah tak dapat dikesan ketika ini. :)

 setakat ni study, so far, alhamdulillah. lecturer pon mostly baik2 belaka. happening n excited nak mengajar kami2 yang baru masuk ni :)  senior apatah lagi. semuaaaaaa baik-baik sangat. huu. sem ni aku ambik 8 subjek. 20.5 hours credit. bm kerjaya, study circle, ungs, biochem, anatomy, psychology, optics and nutrition. tak pernah2 kat cfs ambik subjek banyak gini. paling banyak pon aku rasa 4-5 subjek je. but once again, Allah tahu kita semua mampu. so, just move on. "sesiapa yang berusaha, dia pasti akan berjaya" :)

usaha, doa, tawakal. n jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, fam, guru-guru dan sahabat-sahabat. itu je aku pegang since smakl dulu. takde rahsia apa2 pon. takde pon makan ubat jadi pandai ke, kuat ingatan ke, minum air rebusan buku ke. heheh~

orang lain boleh, kenapa kita tak boleh ? :)

oke. sambung nanti. kena get ready utk presentation pbl pula. huu. hari ni heaven sbb kls cancel. malam je ada class. psycho. hope tak ngantuk. huehuehue. mohan doa kalian. :')

# sekadar selingan :
"MENCARI JODOH itu seperti bermain TREASURE HUNT.
Tak cari tak jumpa, kalau jumpa pun mungkin orang lain punya :p "

 so, kesimpulannya, mari kita fokus dulu pada tanggungjawab utama kita sebagai seorang pelajar dan juga as a khalifah di muka bumi Allah ini. dah tiba masa nanti, nak fikir 24/7 pon takde sape nak hirau. ;)

"You don't choose your family. They are God's gift to you, as you are to them" -Desmond Tutu-

:'(

# rindu mak ayah fam cimot bagai nak gila. chronic homesick disease. ergghh.
# osteoarthirtis ohhh osteoarthritis.
# cepatlah cuti. hmmm.
# oh ya, duduk sini lama-lama mmg boleh kurus ! >.<

10 June 2012

ujian oh ujian

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]


" manusia bila diuji dengan kesusahan, dia masih mampu lagi bertahan dan mencari Tuhan. kerana dia tahu dia sedang diuji, maka tidak ada tempat untuk dia meminta pertolongan selain daripada Tuhan. tetapi, bila diuji dengan kesenangan, ramai yang tidak mampu bertahan. kenapa ramai tidak mampu bertahan ? 

kerana bila berada dalam kesenangan, tidak ramai yang menyedari dirinya sedang diuji "  

[langit Ilahi]

# selamat hari lahir yang ke-61, ayah <3


wanita dan tulang rusuk

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

gambar hiasan =)
even entry yang agak panjang, relakanlah mata anda untuk menari ke kiri dan ke kanan, baris demi baris demi menambahkan ilmu pengetahuan. jadikan diri kita pencinta ilmu2 Allah. lebih banyak yang kita pelajari, lebih banyak yang kita tidak tahu. happy reading + sharing ! moga bermanfaat. insyaAllah :)

Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)

Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam Al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.

Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)

Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.

Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dan pengajaran. Dengan kata lain, Al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.

Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam Al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)

Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?
 Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:

1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat
Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.) Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.
Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;
1. Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
2. Perempuan seperti tulang rusuk.
3. Perempuan adalah tulang rusuk.

2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas
Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.

3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من
Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)

Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. 
(Surah al-Rum: 21)

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. 
(Surah al-Syura: 11)

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. 
(Surah al-Nahl: 72)

Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. 
(Surah al-Taubah:128)

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata.
 (Surah Ali Imran: 164.)

Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.

Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.


عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik.
 (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. 
(Hadis riwayat al-Bukhari4889).

Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya.
 (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)

Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.

Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:


باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.

Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.

Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:

إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها

Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. 
(al-Adab al-Mufrad, no: 747)

Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.

Sokongan Kepada Penafsiran Ini
Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:

عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. 
(Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)

Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.

Kesimpulan
Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam.

# wallahu'alam. entry ini di share oleh seorang ustaz kepada sahabat di nota mukabuku. jika terdapat sebarang ralat, mohon dikongsi bersama. jzkk :)

syarat pakai tudung sempurna

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

"....Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir) dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, 'apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?' Mereka menjawab, 'benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan, 'Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar." 
[al-mulk:8-9]


buat gegirlss yang aku syg, pernah tonton video dari ustaz don mengenai 4 syarat memakai tudung dengan sempurna ?? if belum, elok sangat le tu. hihi. click button play kt video bwh ni. serius korg tak rugi. takde masa ? internet lambat ? gegirlss, nak seribu daya, taknak seribu dalih, ye dak ? jom2. sama2 kita perangi hasutan syaitan laknatullah. insyaAllah. *muehehe* ;p kalau dah, apa salahnya, kita tgk buat kali kedua ke ketiga ke, hatta ke seratus pun. nak hafal pon takpe. lagi bagus. mana taw pasni ada kwn2 korg yg tiba2 baru nak berhijrah pakai tudung, korg sendiri boleh maklumkan pada dia mengenai syarat2 memakai tudung dengan SEMPURNA. insyaAllah :)




haaa. tgk dah ? kan aku dh cakap, tak rugi punye. wohoooo. tahniah pd yg bjaya menghabiskan ! kat bwh ni pulak nak share 1 sketsa pendek. aku terjumpa blog tuan punye lukisan kat sini. comel2 sgt lukisan2 dye. ;)


kepada yang masih belum pakai tudung / kejap on off je tudung tu, berubah lah. tiada siapa yg dpt mengubah nasib diri anda melainkan anda sendiri. kalau tgah2 shopping ke, apa salahnya try ambik tudung, sarung kat kpala, tgk cermin, then sendiri nilai, muka anda cantik lagi bila off tudung / on tudung. :) tak reti nak nilai ? tu, p soh org yang dok lalu lalang tu tlg bagi kan star kat korg. hihi. kompem2 majoriti akan rate tggi bila korg on tudung. =) mulakan dgn bismillahirrahmanirrahim. pasangkan niat dan keazaman yang tinggi untuk bertudung. insyaAllah, niat betul, pasti Allah tolong ^^


bagi yang sudah lama bertudung, tahniah diucapkan. tetapi ingat, syaitan itu ada di mana2 sahaja untuk menyesatkan lagi manusia. oleh itu, marilah kita sama2 menilai kembali tudung yang kita pakai. moga menepati 4 syarat seperti yg diberitahu oleh ustaz don. if tidak, tepuk dada tanyalah iman. bidadari syurga / bahan bakar neraka (nauzubillah), the choice is yours. *peringatan bersama*