:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

14 December 2011

mooowwwwwww !

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

watak utama ^^

watak sampingan ;)



LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.


LEMBU : eh? kenapa?


ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata " hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis ! "

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.


ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku , boleh disamak. Yang dia

sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih

dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


mesti korg dah biasa dengar kan 'dialog' ni ? aku saje nak buat kalian berfikir, ber'ponder' dan renungkan perkara ini sedalam-dalamnya. walau ia nampak remeh, tapi hakikatnya, begitu berat azab yang ditanggung oleh penanggung2 dosa kategori ini.
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa :


"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis lain yang bermaksud :


 "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." 
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan mahram kita. babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram lebih hina daripada babi.
masyaAllah. fikir-fikirkanlah sahabat seagamaku.

lagi satu kalian mesti pernah dengar kan kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi.


 
"Heleh, bid'ah betul. Selimut , selimutlah. Kulit orang , kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?"

bendanya memang tak sama. dosanya sama. bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat ? *dengar tu mimi !

semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. yakin, bukan setakat percaya. kita semua percaya Tuhan itu ada. tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada ? sekiranya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. kita juga akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.

wallahu'alam~

# post ni berkaitan dengan fb status pada malam ni. :)
# malaysian RM fans dah ade group ! eksaited sket. huehuehue. ;p
# tak sabar nak masuk sem baru T.T

thanks for reading guys. much <3,

[nur]

No comments: