atas permintaan saudari fatirah, maka terhasil lah post buat kali ini. aku nak berkongsi resipi john punye roti, iaitu dikenali dengan nama fofularnya roti john =)
^_^ |
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar mentega
- 300g daging kambing / lembu cincang
- 1 biji sederhana besar bawang besar, dikupas dan dicincang halus2
- 1 sudu teh lada hitam serbuk
- 3 biji telur, dipukul
- roti perancis *ikut suka hati pakai roti ape. aku pakai roti hotdog je. huahuahua.
- mayonis
- sos cili / tomato
- kubis
cara-cara :
- panaskan minyak masak dan mentega di dalam kuali sehingga berdesir.
- tambah daging cincag. kacau supaya daging tidak bergumpal. masukkan bawang besar yang dicincang dan goreng kacau sehingga rata.
- renjis lada hitam serbuk dan goreng kacau sehingga daging keperang-perangan.
- tambah telur yang sudah dipukul dan biarkan masak selama 30 saat. kemudian, hancurkan dan angkat. sejukkan bahan tumis di dalam pinggan.
- panggang roti perancis di dalam kuali yang sama. sapu mayonis dan sos pada roti panggang. bubuh hirisan kubis di atasnya.
- bubuh bahan tumis di atas roti *ikut sesedap rasa banyak mana kau nak
- kalau nak nampak cun sket, hias roti john korg dgn tomato / sayur / ape2 je kat atas tu mengikut kreativiti masing2.
haaaa, dah siap ! senang kan ? haha. selamat mencoba ya ? =)
# muet dah abeh !!! kepada yang sedang membaca post ini, minta doakan kejayaan penulis serta sahabat2nya yang mengambil muet ye ? terima kasih ! (",)
thanks for reading ppl. much <3 ,
[nur]
2 comments:
sis..thankz...t fatz try wt..ok?
hehe. pleasure fatz. oraitttt !! =)
Post a Comment