:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

21 November 2011

kakak umu's wed :)

sekadar hiasan ^^

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

11.11.2011. inilah tarikh yang dipilih ramai untuk merakamkan memori terindah dan bahagia dalam hidup mereka. tidak ketinggalan kakak kepada sahabat akrab aku, ummur, iaitu nor azhani yang lebih dikenal sebagai kak eg. alhamdulillah, kak eg telah selamat bernikah dengan kekasih hatinya pada tarikh tersebut. tahniah again kak eg ^_^


13.11.2011, majlis resepsi bagi pihak mempelai perempuan telah diadakan. aku keluar rumah seawal jam 8.30++ pagi jahh. haha. memang tak pernah la kan aku g wedding orang seawal pagi tu. aku bertolak awal pon ada sebab, fes, venue nye agak jauh dari rumah aku. seken, khidmat aku dan saudari atiqah diperlukan untuk menjadi errr, tgk je la gambar nanti ye ? aku segan nak bercerita. ;p 


kad jemputan. comel mcm birthday party invitation ^^

antara sahabat2 handai yang hadir pada hari penuh bermakna itu ialah saudari anis, aimi, atiqah, mimi adam, azad, abu, mira mokhtar, fatin dan juga izzati suki. warna tema yang telah dipersetujui ialah coklat



1st wedding yg aku attend buat dekat pool. so, mmg eksaited sket lah nak pegi. ;p
ummur, dua dari kanan, orang kuat majlis =)
boleh cilok bape banyak kau nak ^^
sambil mengarang teks ;D
haaaa. ini lah dye. ye, kami berkhidmat as a emcee yg tak bertauliah on that day. maaf ye umu banyak kekurangan ;)
antara yang hadir bagi memeriahkan majlis.
caca + abang yang sungguh adorable ^^
us :') <3
mr.presiden turut hadir bersama keluarganya ;)
u guys look really sweet in this pic. mu wif angah. <3
moga berbahagia hingga ke syurga kak eg dan abg khairul :)

tak sabar menanti batch 18 gen yang akan mengikut jejak langkah kak eg selepas ini. ;) entah siapa entah bila menyusul giliran aku. semuanya sudah tertulis di luh mahfuz. yang penting tugas kita adalah mempersiapkan diri untuk menjadi lebih soleh / solehah. insyaAllah :) 




“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu perasaan kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir,”.
[Ar-rum : 21]


# mari persiapkan diri ?? :) 
# tak sabar nak menyaksikan perlawanan bola sepak malam ni. go harimau malaya !! 

stay cute ppl. much <3 ,
[nur]


20 November 2011

john bread ^_^

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

atas permintaan saudari fatirah, maka terhasil lah post buat kali ini. aku nak berkongsi resipi john punye roti, iaitu dikenali dengan nama fofularnya roti john =)


^_^
 so, fat, antara bahan2 yg diperlukan :
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar mentega
  • 300g daging kambing / lembu cincang
  • 1 biji sederhana besar bawang besar, dikupas dan dicincang halus2
  • 1 sudu teh lada hitam serbuk
  • 3 biji telur, dipukul
  • roti perancis *ikut suka hati pakai roti ape. aku pakai roti hotdog je. huahuahua.
  • mayonis
  • sos cili / tomato
  • kubis 

cara-cara :
  1. panaskan minyak masak dan mentega di dalam kuali sehingga berdesir.
  2. tambah daging cincag. kacau supaya daging tidak bergumpal. masukkan bawang besar yang dicincang dan goreng kacau sehingga rata.
  3. renjis lada hitam serbuk dan goreng kacau sehingga daging keperang-perangan.
  4. tambah telur yang sudah dipukul dan biarkan masak selama 30 saat. kemudian, hancurkan dan angkat. sejukkan bahan tumis di dalam pinggan.
  5. panggang roti perancis di dalam kuali yang sama. sapu mayonis dan sos pada roti panggang. bubuh hirisan kubis di atasnya.
  6. bubuh bahan tumis di atas roti *ikut sesedap rasa banyak mana kau nak 
  7. kalau nak nampak cun sket, hias roti john korg dgn tomato / sayur / ape2 je kat atas tu mengikut kreativiti masing2. 
 *daging cincang tu kalau nak sedap sket, pakai daging burger ramly tapi yg 4 segi, paket bungkus dye kale kuning. pakai daging cincang pon sodap je (:


haaaa, dah siap ! senang kan ? haha. selamat mencoba ya ? =)

# muet dah abeh !!! kepada yang sedang membaca post ini, minta doakan kejayaan penulis serta sahabat2nya yang mengambil muet ye ? terima kasih ! (",)



thanks for reading ppl. much <3 ,


[nur]

14 November 2011

nyam nyam, ala kanyang. ;D

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]


*kepada yang sedang membaca post kali ni, terima kasih aku ucapkan kerana masih sudi membaca. :) 

okay. hari ni aku nak berkongsi satu resipi yang boleh dikatakan memang sedap dan sangat mudah kalau nak buat iaitu puding trifle. kepada yang free kat rumah tu, *khas ditujukan kepada yang tengah bercuti, mari2, cuba resipi ni. xrugi waa cakap sama luu. hoho. ;D cuti ni dengan secara tIba2 aku jumpa hobi aku yang terbaruu, iaitu untuk membuat kek / puding / dessert. credit to miss ummur radhiah hussin kerana telah memberi aku idea untuk mencuba resipi trifle ni. :)


:)(:



bahan-bahan:  *cadangan hidangan 8-10 orang

  • 2 gulung swiss roll *perisa ikut suka hati. aku amek pandan sebab nak bagi lapisan bawah kale hijau.
  • 1 tin fruit cocktail
  • 3 sudu besar tepung kastard. *nak sedap, kasi membukit sket korg cedok tu. ;) 
  • 1 cawan susu segar atau 1 tin (570ml) susu cair 
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1 paket kristal jeli perisa strawberry *aku guna jenama nona. bird's pon boleh.
  • 1 bekas pyrex *bekas ape2 pon boleh. :) 
 cara-cara:
  1. potong swiss roll dan aturkan di dalam bekas pyrex rapat2 supaya membentuk lapisan bawah.
  2. asingkan air fruit cocktail dahulu kemudian taburkan fruit cocktail di atas lapisan swiss roll tadi. renjiskan air fruit cocktail di atas swiss roll mengikut sukatan sendiri. lagi banyak, lagi manis.
  3. bagi memasak kastard, campurkan tepung kastard, gula, susu, dan masak sehingga mendidih dan menjadi pekat. masukkan sedikit air mengikut keperluan dan kacau sehingga sebati. 
  4. tuangkan adunan kastard tadi ke atas lapisan swiss roll sehingga membentuk lapisan baru berwarna kuning. biarkan ia sejuk sebentar.
  5. bagi memasak kristal jeli pula, campurkan kandungan paket kristal jeli dengan 2 gelas air panas (400ml).
  6. kacau sehingga larut. *kalau beli jenama nona, ada arahan nak masak kristal jeli ni.
  7. tuangkan segera di atas lapisan kastard tadi sehingga membentuk satu lapisan baru berwarna merah. ( pastikan kastard sudah sejuk sebelum tuang. ini bagi mengelakkan lapisan kastard pecah ) 
  8. biarkan trifle sejuk dalam 30 minit sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.


selamat mencuba ye kawan2 ?! insyaAllah, akan membuahkan hasil yang sungguh lazat. tak terperi. hehe. sampai sini dulu buat kali ni. penulis harus study untuk muet yang bakal tiba. >.< doakan aku + kawan2 ye ? trimas. 

resipi akan dikongsi pada next post ye ? tu pon kalau ade yg request. ;D

memandangkan ramai dah tahu nak buat, aku rasa mcm tak payah je nak tulis lagi resipi ni. maklumlah, ketinggalan sket dalam membuat kek batik ni. haha. bikin malu jek ^_^

 stay cool ppl. much <3 ,

[nur]



 

11 November 2011

ta'aruf week (TAWE)


[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

Selesai menjemurkan muka selama 11 hari, dan setelah mendapatkan rehat yang tidak berapa nak cukupnya di rumah lebih kurang selama 2 hari 1 malam, aku kembali ke cfsiium sekali lagi dengan semangat yang juga tidak berapa nak wajanya untuk menjadi ta'aruf committe untuk student 3rd intake. it was the first time for me to join the TAWE since before this dah ada TAWE untuk students 1st and 2nd intake. so, adalah juga perasaan excitednya. *sikit. awal2 lagi na'im dah buat kat status / commentnya *xingat ---> mengatakan bahawa TAWE kali ni pon akan bosan same as yg 2nd intake dulu. 

ZAAAPPPPP !! terus semangat aku yang tak berapa nak banyak tu jatuh merudum. hailaaaaa. tapi disebabkan programnya pon tak lama, 3 hari je plus ckinot n anis amira setia di sisi menemani aku selama 24 jam plus majoriti yang jadi committee pon aku kenal, aku ambil ia sebagai salah satu pengalaman yang akan aku hargai. :)

----------experience is the best teacher of all ----------


alhamdulillah. segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada sikit2 cacat-celanya, kita perbaiki lagi di kemudian hari. insyaAllah. intake kali ini sedikit berbeza dari intake2 yang lain memandangkan bilangan pelajar hanya lebih kurang 60++ sahaja. tapi part yang agak mencabar ialah beberapa orang daripada pelajar2 3rd intake ni terdiri daripada warganegara asing. pendek kata mereka ni tak boleh nak berkomunikasi dalam bahasa ibunda. tergeliat jugak lah lidah aku ni nak skipping ari 1st layan mereka plus mak bapak mereka. huehuehue. ;) 

aktiviti2 kebanyakannya dijalankan di lecture hall A. beku tak payah cakap lah. memang tak lepas lagi lah aku nak duduk obesi ni. huuu. insiden yang aku paling aku tak boleh lupa -----> ada budak lentok depan dean weyhhh. memang aku tabik spring lah kat dia. heh~

kepada committee2 sekalian, aku minta maaf andai aku ada buat kalian terasa secara sedar mahupun tidak. seriously, best bekerja dengan anda semua :)(: 

amirul faiz, na'im, hakim, harith, zuhaili, syahir faiz, ucop bapakkaw ! ;DD 
suhaili, sakinah, shikin, anis, fatz, ishmah, asilah, miera, quya :)) 

;)

briefing antara committee. 

dean tersayang :) <3


O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.
 [Al-hujurat : 13]



sampai sini dahulu untuk entry kali ini. take care semua. moga dalam rahmat Allah selalu. :')

### jom apply tawe next year pulak ? hihi. ;D
### mirah request aku cita pasal muet. huehuehue. kecot mak jahh dok pikir pasal tu. :$

much <3 ,

[nur]

10 November 2011

M.E.R.E.K.A @ K.A.M.I

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

uhuk uhuk. *akibat sawang yang telah berbulan2 bertandang. kalau ade contest blog paling bersawang, memang kompemlah aku naik podium -.- ;p

entry kali ini, aku nk bercerita, mengenai apa ? mengenai penglibatan aku dalam aktiviti-aktivitas yg boleh dikatakan agak besar yg dijalankan semasa cuti sem baru2 ni di cfsiium pj terchenta. *warning ! post yang sgt --------> panjang. haha. maap lah ye ? 

  1. PESTA SUKAN IPTIM 2011
  2. TA'ARUF WEEK utk 3rd INTAKE STUDENTS  *next entry
baiklah, aku mulakan dgn iptim dulu lah ye ? :)



tanggal 18 okt 2011, aku menjejakkan kaki kembali dengan semangat yang tidak seberapa wajanya ke cfsiium pj. aku ditugaskan untuk menjadi sukarelawan atau kata lainnya, volunteers. sampai2, terus minta bapak aku parking depan AMF. tup2 nampak kertas kuning nala punya terang ditampal bersebelahan dengan pintu dewan. 

brotha : sis boleh check nama n biro sis kat sini ye ?
aku : errr. ouhhh. oke, thanx. 


belek punya belek, tu diaaaaa. nama aku trang tang tang kt biro VOLLEYBALL. what the ??? main pon tak pernah, apatah lagi kalau ditanya tahu main atau tak. mmg kompem2 lah tak kan. huuu. tapi, jauh di sudut hati aku sememangnya bersyukur diletakkan di bawah technical n games. :) terus aku check nama ahli yg lain, mmg tade sorang pon yang aku kenal. bertambah gundah le aku pagi tu. macam2 aku terbayang apa yang akan berlaku time induction nanti. tapi, sedaya-upaya aku pujuk dan tenangkan kembali hati aku dengan kata-kata, " ada hikmah tu. sabarlah hati. Dia takkan duga kalau kita tak mampu. "  :') 

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. "  [al-baqarah : 216]

oh ya, aku akhirnya berjaya menginap di kc selama 11 hari 10 malam ! HAHA ;D aku sendiri tak percaya sebenarnya yang aku mampu. entah ke berapa kalinya sepanjang aku di kc, aku terpaksa menunjukkan yang aku kuat *padahal dalam hati aku kecot weyhhh !! [anis n shikin please take note] hek3 ;p  alhamdulillah, semuanya baik2 saja. =)


induction bermula pada keesokan harinya, 19hb okt 2011. bila dah pecah dalam group, aku pujuk lagi hati aku, " time ni lah nak + kenalan, nak ta'aruf sesama sendiri. " fyi, coordinator aku ni budak 1st year, fscc, miss aishah shahrim. *ecah ! ;) kitorg berbincang btol2 depan pintu dewan and yang paling aku takleh lupa, boley pulak si ecah ni lpas bagi salam, terus je cite pasal volleyball. HAHA ! aku dah pelik dah mula-mula. "dorg ni dah kenal sesama dorg dah ke ? o ini 2nd group discussion ? " group kat sebelah bagai nak rak berta'arufnya. huehuehue. aku ingat nak tegur, tapi aku biarkan dulu. nak perhati sejauh mana miss ecah ni nak pergi. hihihi. at last, ada jugak orang tegur. aku tak ingat siapa, yang pastinya, ada. terima kasih lah ye ? ^_^

selesai sesi kenal-mengenali, baru aku tahu yang group aku ni ramai jugak budak 1st year. xpelah, at least balance jugak lah 1st n 2nd year. memang aku agak kekok lah ari 1st tu, nak tak nak kene main redah jugak lah masuk groundwork and group discussion. and guess what ? tak lama lepas tu, aku bahagia gila duduk dalam group aku ni. memang semua otak gile2 abeh + sempoi yang teramat. ^^ ada 1 malam, tak taw nk discuss ape, muncul lah 1 idea yg sangat bernas, ajak p tengok court volleyball. haha. memang terbaikk dari ladang betol. malam2 ujan renyai2 kami pon bersiar2 lah sambil menuju ke court yang dimaksudkan. *padahal time tu upper court tak siap lagi, nk tgk ape pon tak tahu. ;p budak2 futsal, yg aku kenal, FATMA n MILA, pon turut serta lawatan sambil belajar kami kerana mereka sememangnya takde keje. sampaikan entah kali ke berapa mereka berta'aruf sesama mereka ! ;D the best part was, aku paling tak sabar nak dengar 1 word yg keluar dari mulut ecah, tak lain tak bukan, D.I.S.P.E.R.S.E !! simple yet meaningful to us. selesai meninjau court, *ala-ala detekstif CSI nak buat siasatan, kami pun cabot bersurai dengan senang hatinya. :)(:

## meet them, hidup mati aku sepanjang berlangsungnya IPTIM 2011. <3

B: syaqil, intan, aina, aishah, me, naquiyah, dayang, rasyid     T: fatirah, khairunnisa', sakinah     D: zaki, amir, hazim, afiq, irham. 























 * tiada dalam gambar-arif 



antara momento yang sempat di snap sebelum bermulanya iptim <3



keje ni mule2 brothers yg buat. haha. maaf lambat membantu ;)

volunteers volley ^^

thank u 100+ !!

baguih depa ni. rajin XD

sementara menunggu kedatangan abg latip. :)


;)


kisah abg latip, bialah tersemat di hati. aku tak mahu bercerita di sini. biar antara kita-kita je yg tahu perkara ini ye ? ;)


oh ye, semasa induction hari yang ke-2, wakil dari biro olahraga ada datang berjumpa kami untuk menghantar beberapa ahli ke gombak untuk membantu mereka. ada yang ditugaskan untuk menjaga atlet2, equipment dan juga sebagai announcer. *ehair, ecah n syaqil ! syaqil dah mcm nak mengarang tesis bak kata bro kamal. ;DD perasaan aku takyah tanya lah kan. memang lepas lah gian aku dapat tengok orang lari. puas weyh ! dah lama aku tinggalkan dunia olahraga ni. last time form 5 dolu dolu. :/ 


kenangan bersama volunteers olahraga. :) <3


senyum kambing abdul halim ! ;D

them :)

anis amira sedang khusyuk meniliti tugas2nya. ;)



okay. selesai acara olahraga, kami kembali menumpukan sepenuh perhatian kepada acara bola tampar yang bakal berlangsung. aku teringat kata-kata salah seorang staff committee time induction, " busuk tak busuk bola tampar ni bergantung kepada kamu, volunteers ". time tu cuak takyah cakap lah. kalau aku reti main kurang sket lah kecutnya. huehuehue. memang banyak lah dugaannya, antaranya, esok game, pagi pulak tu, arini pas asar baru court nak siap. memang terbaikkk lah. antara tugas2 kami as a volunteer, kena jaga skor, urusetia yg settlekan borang, linesman, ball picker and the amazing part was bila dapat merasa jerih payah menjadi seorang cleaner :) hoho. musim hujan alamatnya court pon licin lah. mereka kata kami da ley p apply kat IP untuk buat part-time as a cleaner. -.- haha. apa2 pon, aku tetap bahagia. :')

keron, maapkan aku. hahaha. ;D

bibik bertauliah. ;)

haha. part ni yg xley blah. before game punye smgt praktis ! tgh2 game, malu2 kambing --' kui8.

cfs cougars (blue) vs uniti (red)

mereka ni dm macam biasa buat keja2 gini. ada pengalamankah ? ^^


alhamdulillah. kemenangan berpihak kepada cfs :)
tugas di pagi hari. =)

selesai menguruskan game volleyball wanita, kami bergegas turun ke lower court untuk menyaksikan perlawanan cfsiium menentang kuis. sengit weyhh. kalaulah jantung ni boleh terlepas jatuh ke bawah, aku rasa memang banyak kali aku kena kutip jantung aku atas tanah. -.-' again, congrats to cfs team sebab telah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. and lastly, both bola tampar lelaki n wanita telah berjaya memenangi pingat emas. syabas cougars ! =)


lintas tak berapa nak langsung dari lower court. ;p



alhamdulillah. gold medal :)

kawan wandan, onn ! haha. memang terbaikkk dari ladang. XD

ini skor time lawan dlm kumpulan baru. blom final -.-'




k.a.m.i with refss yang sporting gile tahap tak ingat ! XD




malam sebelum berlangsungnya acara final, kami telah merancang untuk mengadakan jamuan secara kecil2an. menu utama ---> KFC. asalnya, nak makan kat luar, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya kami makan di elwai. (LY) ;) 


  • masa : pas isyak. 8.30 pm.
  • venue : SILA IKUT BAU AYAM ! haha. mau terkembang kempis idong masing2 nak ngekor bau ayam tu. kihkihkih. 
mereka :')

them :')

K.A.M.I. :')

sembang punya sembang, tup tup keluar idea gila nak keluar setelah selesai final game pada keesokan harinya. mula-mula aku ingat korang main-main, aku punya lah dok semangat p sokong idea tersebut. huahuahua. last2 jadi bebetol. -.-' idea itu tak lain tak bukan, pergi ke mid untuk bersukan -----> bowling. ;) aku ngn fat, awal2 lagi cop taknak main. malas nak tunjuk skill yang dah berhabuk gila2 ni. haha. kakak 2nd year *mimi n fatz bagi cannn esp kat sista n brotha 1st year. kehkehkeh. >_< before pergi tuu, dalam tengah hari jugak, makan nasi yang dibekakalkan di tepi2 o tepat lagi di tengah2 UKC. memang lapa tahap tak ingat wa cakap luu. hoho. naik bas, sampai mid, terus menyahut seruannya -----> zuhur time :) then, tanpa membuang masa, terus ke destinasi yang dituju-tuju oleh volunteers volley sekalian. 3 lane telah berjaya ditempah oleh saudara syaqil. seramai 13 orang atlet *kalau tak silap yang bertempur pada hari tersebut. antaranya, 

1) syaqil !


gaya seorang pro ;)


2) rasyid BEN ;)


hoho. pic mahal. ;p

3) dr.ehair ^^

strike dohh tu dr.ehair. ^_^



4) arif ! 


strike keee ?

 5) afiq !

spare keeee ?


6) amir utagha mai ^_^

amir mcm tgh nk balance kan diri men ice skating. ;D

 7)  hazim chief bibik =)

spare keeeee ?
 8) zaki !

strikeee tuuu. XD
9) meen si sarawakian ;)

strike tukkk. hihi. ;p

10) quya si hot stuff  =D

spare niii. ;)
11) keron coOlio =)

keron ni lempar2, strike jugak. hoho.
12) intan syarafinaz ! huehuehue. jgn mrh haa. ;p

yeahhh ! ;) *sebak melihat anak2 muridku berjaya. isk isk. T.T ;DD
 13) miss coord, cik ecahh !! *ecah masuk ecah. ;D

heeeeeeee. akk xakan lupekan momento ini. ecah kiutooo ;)
fuuuhhhh. penat juga bila menyenaraikan satu persatu atlet cfs ni. hihi. ape2 pon saya ingin meminta maaf andai gambar yang diambil kurang semaaddd nye. saya ni kurang skit tauliahnya kalau bab2 mengsnap gmbar orang, tapi kalau bab2 masuk kamera ni, ehem ehem, tak payah nak diajak, saya sendiri akan masuk ! ;DD 

k.a.m.i <3

selesai bersukan, kami pon bergerak terus menuju ke restoran mekdi. masing2 lapar sebenarnya. tetapi, memandangkan kami akan dapat bekalan nasi, jadi kami mengambil keputusan untuk hanya menjamah eskem mekdi. itu pon selepas mendapat special offer dari cik fatz ! beliau mahu belanja kami ber-14. hoho. sian fatz puasa time tu. moga rezeki anda dimurahkan lagi selepas ini. aminnn~ :)


muka ceria disebabkan ada yang sudi belanja ;D

hoho. kak long sedang mengeluarkan fulus2 yang ada untuk membelanja 14 orang adiknya yang kebulur eskem ;)


muka masing2 gumbira selepas dapat makan eskem. nyum3 :D

selesai menikmati juadah ringan, kami bergegas untuk pulang ke cfsiium terchenta. atas permintaan quya yang begitu ingin menikmati roti boy, kami pun menemani beliau untuk mengubati rasa kempunannya. ;D  

terima kasih kepada yang sudi belanja pada hari tersebut. ^_^

dan selepas itu, barulah kami bergerak menuju ke tempat menunggu bas melainkan cik fatz, cik ecah dan juga mr.rasyid kerana mereka bertiga hendak menuju ke kl sentral untuk mengunjungi pameran buku islamik yang diadakan di sana. alhamdulillah, kami selamat tiba di cfs dengan selamatnya =) 

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 ### haaaaa. aku dah bagi warning kat atas tu, entry ni tersangatlah berjelanya, yang berjaya habiskan, tahniah dan terima kasih lah ye ? torharuuu den. :') untuk ta'aruf week, aku ceritakan di next entry ye ?

### i can never forget those times we used to spend together. i do miss all of you :')


good night ppl. much <3 ,

[nur]