*sambungan*
antara restoran2 popular yang terdapat di malaysia juga turut terdapat di bumi mekah ini. tapi satu pon tak berjaya disinggah ekoran jarak dari hotel yang tidak begitu hampir melainkan kfc di madinah. it is situated between our hotel and masjid nabawi. so, kalau 5x sehari dok bau ayam tu memang tak tahan lah kan. haha.
sini pon ade subwayy u. ;p |
baskin's :) |
mcD |
" Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di masjidil haram "
dalam Islam, ada tiga masjid yang mempunyai kelebihan berbanding masjid lain. hal ini seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar berlayar untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut) : Masjidil Haram (di Makkah), Masjid Rasulullah (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis) "
[ Hadis riwayat Bukhari ]
berdasarkan hadis-hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa amat besar ganjarannya bagi umat Islam yang berpeluang untuk beribadat di masjid yang dinyatakan di atas. kepada yang berkemampuan dan mempunyai kelapangan, tidak perlu bersusah payah untuk anda memikirkan destinasi mana yang hendak dituju, sebaliknya anda bersedialah untuk menunaikan umrah dahulu sebagai persediaan untuk menunaikan haji. pendapat jumhur 'ulama mengatakan bahawa umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali. jika diulangi, menjadi sunat, apatah lagi jika ditunaikan dalam bulan puasa.
sabda Rasulullah SAW :
"Haji dan umrah itu kedua-duanya fardhu, tidak mengapa mengerjakan yang mana dahulu"
**********
baiklah, insyaAllah, aku cuba usahakan agar this part will be the last part of my story in makkah al-mukarramah. :)
sepanjang aku berada di Tanah Haram ni, semasa waktu solat, wanita dilarang sama sekali untuk solat di bahagian bawah. berbeza dengan tahun2 sebelumnya, golongan wanita bebas untuk menunaikan solat di atas mahupun di bawah. solat di atas, kekurangannya cuma anda tidak boleh melihat kaabah. tapi jangan risau, selepas tamat solat, anda boleh je turun untuk pergi melihat kaabah dari dekat. tiada siapa yang akan menghalang anda insyaAllah ^^ tapi bagi yang agak degil dan berani, contohnya mak2 arab, mereka akan melawan juga arahan polis2 yang berada di situ untuk solat di bawah. huhu.
seperti yang anda sedia maklum, ya, begitu ramai orang yang meninggal dunia di bumi Makkah ini. setiap kali selesai waktu solat, on the way untuk balik ke hotel puratanya boleh dikatakan dalam 6-7 jenazah setiap waktu. berjuta-juta umat manusia yang begitu menginginkan untuk menghabiskan saat-saat terakhir mereka di tanah suci ini, tetapi hanya dengan izin-Nya sahaja keinginan mereka akan menjadi kenyataan. biiznillah. :')
umat nabi Muhammad SAW :') *kelihatan jenazah (kain coklat dan hijau) sedang dibawa menuju ke van jenazah |
orang ramai tak kira saudara terdekat atau bukan, mereka pasti akan menghulurkan pertolongan :') |
sesungguhnya mati itu pasti dan mati itu merupakan perkara paling hampir dengan kita :') |
lihat dalam video ni. ramai bukan ? tapi still tak boleh lawan time subuh. di sini, setiap kali tamatnya solat subuh, dalam perjalanan balik ke hotel, pasti akan ada orang yang akan bermurah hati untuk bersedekah. berkotak2 air kotak terdapat dalam keretanya. alhamdulillah. moga Allah murahkan rezekinya. =)
air kotak ni feveret mak aku. ^^ kadang2 kalau aku tak rasa nak p ambik, kompem mak aku akan hilang di tgh jalan. haha. mak aku siap2 dah p beratur ! ;) |
umrah tanaim juga terdapat dalam pakej travel andalusia. anda akan dibawa untuk bermiqat di masjid saidatina aishah, tanaim dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah. sepanjang aku menunaikan ibadah ini, ada 2 kali aku menunaikannya seorang diri. ya, seorang diri. dan kadang-kadang juga aku akan pergi menunaikan solat bersendirian. faktor usia mak yang semakin meningkat agak membataskan pergerakannya sedikit.
tinggal di makkah membuatkan anda sentiasa rasa selamat. semua yang berada di sana berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan walaupun sedikit. firman Allah swt dalam surah Al-Haj ayat 25 :
وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحِادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيْمٍ
" Dan barangsiapa yang bermaksud melakukan kejahatan secara zalim di dalamnya (Makkah), niscaya Kami akan merasakan kepadanya azab yang pedih. "
Firman Allah ini bermaksud jika seseorang itu hanya berniat atau sekadar terlintas di hati untuk melakukan kejahatan, maka ia juga akan turut diseksa dengan seksaan yang pedih. wallahu'alam. jadi, di sana, jika anda berhajat untuk pergi ke mana-mana dengan bersendirian, pakailah tag nama yang travel anda berikan. mana lah tahu kalau-kalau ajal menjemput kita di sana, at least, mereka yang ada sewaktu itu dapat mengenal pasti nama, hotel, travel dan dari negara manakah kita.
pernah sekali ketika balik dari bermiqat, hujan turun dengan renyainya di masjidil haram. jarang sekali makkah mengalami musim hujan. kebetulan ketika itu aku menunaikan umrah dengan sendirinya. walaupun ada juga terdetik kerisauan, tapi aku kuatkan juga mengatakan Allah ada untuk menjaga hambaNya. start tawaf yang ke-4, hujan mula turun dengan lebatnya. selesai tawaf, solat sunat tawaf. melihatkan semua di situ sedang tekun mengerjakan solat, aku pun dengan segera mengambil tempat berhampiran untuk mengerjakan solat sunat tawaf. perasaannya, masyaAllah. :') dok terbayang jugak, mana tahu kalau-kalau aku sesat tak 'nampak' jalan pulang. nauzubillah.
selesai tawaf, sa'ie. kawasan sa'ie merupakan kawasan bertutup. jadinya, anda hanya akan basah sekiranya bumbung di atas mengalami kebocoran. (",) alhamdulillah, segalanya berjalan dengan selamat. selesai bergunting, aku pon berjalan pulang ke hotel untuk meng'cas' bateri badan yang telah habis digunakan. ^_^
di sini aku nak kongsikan satu lagi video menggambarkan suasana kota Makkah ketika dilanda hujan. time ni dah malam. petangnya tak sempat nak rakam sebab hujan yang sangat lebat.
juga keadaan aneh yang berlaku ketika malam tersebut. perhatikan sekawan burung di langit bewarna keputih-putihan. mereka seolah-olah sedang melakukan tawaf di atas sana. allahu akbar ! tergamam seketika kami ketika itu. ~_~
jika kita mendengar cerita2 orang pergi menunaikan umrah atau haji, pasti ada terselit beberapa kisah yang dapat dijadikan ibrah untuk kita bersama. juga tidak ketinggalan buat diri aku.
pertamanya, pada satu malam, time tu dah selesai solat isyak. tiba-tiba hati aku tergerak subuh pada keesokan harinya aku nak salin telekung yang aku pakai ketika itu. walhal, belum sampai seminggu pon aku guna. balik daripada masjid, aku, ibu dan kakak singgah di kedai runcit untuk membeli jajan. rasa kempunan yang tidak dapat dibendung lagi. ;) n apa yang berlaku was, tiba je kami di depan lif hotel, tiba-tiba ada seorang makcik menegur mengatakan ada najis burung terlekat pada kain telekung aku. yang peliknya, najis burung itu terletak pada sebelah dalam kain telekung. dan, ia kelihatan sudah kering seperti 2 hari ianya dah melekat. itu baru tergerak hati, kalau sudah diluahkan ? subhanallah, kuasa Allah itu sememangnya tidak tercapai oleh akal manusia.
yang keduanya, setelah selesai solat asar, ketika aku berjalan sendirian untuk kembali ke hotel, hati aku mengatakan yang aku begitu ingin sekali untuk menghafal doa-doa tambahan. aku bermonolog sendirian -----> " balik msia ni, boleh la cari kat tenet. " dengan tak semena-mena, ada seorang pemuda seolah tergesa-gesa berjalan sambil memintas aku. dan tiba-tiba dia berhenti sambil menghulurkan sebuah buku bersaiz kecil. aku sempat untuk berterima kasih padanya sebelum dia kembali meninggalkan aku dalam keadaan tergesa-gesa seperti mana sebelumnya. dan apa yang membuat aku terpana ialah, buku yang diberikan oleh pemuda tadi adalah sebuah buku antara doa-doa yang mustajab di dalam al-quran. :')
oh yaa. mengenai dam. lebih kurang 2-3 kali jugak lah aku terlanggar beberapa syarat ketika dalam ihram. antaranya, tersentuh wangi-wangian. mak ada cakap, " duit ni nak simpan, mana tahu kalau2 ada yang terkena dam ". huhu. on the spot jaaahhh. memang anak-anak mak ni tak dapat nak terlepas dari dam.
AND for the first time ever, aku terjumpa orang yang aku kenal kat sana. siapa ? junior aku ----> durrah hakimi merangkap sepupu kawan baik aku, akmal hilmi with her auntie (hilmi's mother). unfortunately, hilmi sedang belajar di russia. tak dapat lah nak join his family trip. xpe hilmi, lain kali insyaAllah, turn kau pulak. =)
okayy. rasanya sampai sini dulu lah benda yang nak dikongsikan. yess, i admit it. the way i wrote was too schematic and of course too long. but yeahh, this is it. my experiences which i wanna share with u guys. hope it can benefit us even though it was not as incredible / interesting / amazing as others'. assalamualaikum ^_^
<3,
2 comments:
bestnye dapat pegi sane..doakan utk sya spaya dpt pergi sana dan menetap disana yea..hehehe=)
hehe. alhamdulillah. best sangat. insyaAllah, next time turn awak pulak sy doakan. =)
Post a Comment