[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]
ya Allah ya Allah ya Allah. mari basahkan lidah dengan zikir pada hari ini. jumaat yang penuh barakah. allahuakbar~
HIKMAH HARI JUMAAT 
antara hadith yang menyatakan kelebihan hari Jumaat. antaranya :
Yang pertama, Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata, Rasulullah SAW bersabda : 
“Sesungguhnya  yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi  Nabi Adam as, dan pada hari itu juga beliau wafat, dan pada hari itu  juga akan ditiup sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua  makhluk. Maka perbanyakanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu  itu disampaikan kepadaku.”
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan.
“Barang  siapa yang pergi ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu pertama, maka  seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi  pada saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu.  Siapa yang pergi pada saat ketiga, maka seolah-olah dia telah pergi  mengorbankan sekor biri-biri. Siapa yang pergi ke masjid pada saat  keempat, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam. Dan siapa  yang pergi ke masjid pada waktu kelima, maka seolah-olah telah  menghadiahkan sebiji telur. Kemudian apabila imam telah, maka ditutuplah  pintu cacatan, diletakkan pena dan berkumpullah para malaikat di sisi  mimbar untuk mendengarkan khutbah. Siapa yang datang selepas itu, maka  ia hanya datang untuk hak solat sahaja , dia tidak memperoleh apa-apa  keutamaan” (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Hikmah  yang kedua yang boleh diperoleh pada hari Jumaat ialah masa yang  mustajab untuk berdoa. Pada hari Jumaat ini adalah masa yang paling  bagus dan mustajab jika kaum Muslimin berdoa dan mengharap sesuatu  daripada Allah SWT. Dari Abdurrahman bin Yazid dan Abu Lubabbah bin  Abdil munzir, Rasulullah SAW bersabda: 
“Hari  Jumaat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari Hari Aidil Fitri  dan Aidil Adha, dan di dalamnya ada lima kelebihan iaitu, hari Allah  menjadikan Nabi Adam A.S, hari Allah menurunkan Nabi Adam A.S ke bumi,  hari wafatnya Nabi Adam A.S, pada hari itu ada saat mustajab, tiada  seorang pun yang berdoa saat itu melainkan Allah pasti memberinya,  selama tidak meminta yang haram dan pada hari itulah akan berlakunya  kiamat dan tiada seorang Malaikat Muqarrab di langit atau dibumi  melainkan ia merasa khuatir(sayang) pada hari Jumaat”
Mengenai masa yang mustajab memohon doa kepada Allah, Rasulullah ada menyebutkan; 
“Sesungguhnya  Rasulullah membicarakan tentang hari Jumaat ia berkata. “ Padanya  terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah) yang  Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan  sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya. Ia  mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan.” (HR Bukhari dan  Muslim)
Yang  ketiga ialah hari penambahan kurnia. Banyak hadis yang menerangkan  bahawa hari Jumaat ini merupakan hari tambahan kurnia dari Allah SWT  untuk para hambanya. Hikmah yang keempat ialah hari penuh keampunan dan  barakah manakala yang kelima ialah hari untuk umat Muhammad SAW. Allah  berfirman: 
“Hai  Musa, untukmu hari Sabtu, untuk Isa hari Ahad, untuk Al-Khalil Ibrahim  hari Isnin, untuk Zakaria hari Selasa, untuk Yahya hari Rabu, untuk Adam  hari Khamis dan untuk Muhammad SAW beserta umatnya hari Jumaat” 
Menurut  keterangan Rasulullah SAW hari Jumaat adalah penghulu sekelian hari  yang mengandungi ketinggian. Hikmah yang keenam pula ialah terpelihara  dari fitnah kubur iaitu orang-orang yang matinya pada hari atau malam  Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur. Dalam sebuah hadis ada  menyatakan : 
“Dari Abdullah bin Amr ra. Dari Nabi SAW beliau bersabda:  Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam  Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR Tarmizi)
Hikmah  yang ketujuh ialah baik untuk melangsungkan pernikahan. Telah  diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah telah  ditanya oleh orang tentang hari Jumaat, maka baginda menjawab: 
"Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan hari pernikahan." 
Kemudian sahabat bertanya lagi: 
"Mengapa demikian ya baginda?" 
Rasulullah pun menjawab:
" Kerana  para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut.  Antaranya ialah pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa, Nabi  Yusuf as dengan Siti Zulaikha, Nabi Musa as dengan Shafrawa, Nabi  Sulaiman as dengan Puteri Balqis, Nabi Muhammad SAW dengan Siti  Khadijah, Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah dan pernikahan antara  Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah."
AMALAN PADA HARI JUMAAT
JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:
Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.
 Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: 
" Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud) 
Membaca surah al-Kahfi. 
 
 Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:
“Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi) 
Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.
 Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:
 
" Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."
Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh. 
 
 Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar. 
 
 Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.
 
 Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah. 
 
 Antara kepentingannya adalah: 
 
 Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam. 
 
 Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri. 
 
 Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : 
“Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”
Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya. 
 
 Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:
 
 Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. Nabi bersabda bermaksud: 
"Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)
 
Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: 
" Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari) 
Wallahualam ^_^
sumber : http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah.php
# mari berjihad untuk menunaikan apa yang termampu. yang penting, istiqamah :)
# aku baru sedar mesej maxis-maxis = 2 sen. -.-"
 
thanks for reading guys. much <3,
[nur]