. pelangi hidup .
:)
- mimi
- kuala lumpur, Malaysia
- Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"
06 March 2013
10 February 2013
epal :)
[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]
alhamdulillah. seperti yang 'dijanjikan', minggu ni, terpacak lagi muka aku depan pintu pagar rumah. cuma, 'percutian' kali ni agak sedikit sunyi disebabkan mak n ayah yang pulang ke kampung sejurus menerima berita mengenai arwah mak long.
al-fatihah.
balik ke kl kali ni bertemankan bas etiqa ekspress. biasanya aku lebih suka balik dgn bulan restu, tp malangnya, kaunter dah tutup time aku g beli tiket. "etiqa pon etiqa lah, asalkan boleh 'beraya-cina' kat kl," aku bermonolog sendirian. balik kali ni tidak berteman disebabkan si anis yang ber-kelas sehingga ke hari jumaat sedangkan kelas aku sampai khamis petang sahaja. tiket khamis jam 8 malam. atas bantuan assistant class rep opto yg berkaliber lagi bertanggungjawab (bantuan merujuk kepada merempit; vroom vroom), sampai lah aku di terminal tepat jam 7.50pm. thanks a lot es. i owe you. nanti kite belanje okayh ? ;p tunggu punya tunggu punya tunggu, bas etiqa hanya memunculkan dirinya jam 8.30pm. jammed katanya. al-maklumlah, ramai yang nak balik beraya. bukan aku je. walaupun jelas dan nyata raya cina adalah perayaan kaum cina. well, kata 1 malaysia. cuti umum tetap cuti untuk semua ;)
time beli tiket awal2 lagi dah pesan untuk reserved single seat. seat no.2. personally, aku tak kisah pon mana2 tempat duduk melainkan seat belakang sekali. fenin lah fenin. mula2, while waiting for other passengers, aku pon apa lagi, novel-ing time. nanti bas dah gerak for sure golap punye. sempat lah jugak baca 1-2 bab. bila dah gerak, lampu tutup, apa lagi, landing time ! wohooooo :D time tu lah baru aku sedar yg sememangnya seat dia tersangatlah luas dan selesa ! mula2 tido je aku boleh cover, last2 sejuk sangat, aku naikkan kaki. adehh. memang tindakan di luar jangkaan betul -.- mamai katakan. sampai bas berhenti pon aku tak turun. aku sedar, tapi disebabkan mata ni tak boleh bukak sgt2, aku pon apa lgi, bantai sambung tido. hewhewhew. kalaulah bas tu ada cctv, teringin jugak nak tengok rupa dan keadaan aku ketika itu. disebabkan hujan n boleh dikatakan banyak jugak kereta, dlm 12.15am baru aku sampai greenwood. alhamdulillah :)
oke. enough story pasal bas. lately, selalu sgt ternampak post pasal smakl. nak kata 'rindu lah jugak' tu mmg tipu lah sangat kan. sebab sememangnya rindu pada kawan2 smakl semakin hari semakin membuak2. huu. bumi smakl telah meninggalkan kesan sejarah yang paling mendalam buat diri aku. macam2 yang terjadi sepanjang 5 tahun menuntut di sana. yup. aku rindu suasana itu. aku rindu karenah itu. aku rindu jerih-payah itu. aku rindu sokongan itu. dan, aku rindu akan suara itu. insyaAllah, penantian ini bakal berakhir pada 22 jun 2013. harap sangat diberi peluang untuk bersua muka dengan sahabat handai esp yang dah lama terpisah.
cuti tinggal esok dan lusa. kejap je rasa T.T esok mak ayah balik. esok petang jugak insyaAllah, aku akan cuba hasilkan 'dotdot' (bak kata anis) yang comel2 belaka. takot tak jadi jek. takpe lah, belum cuba belum tahu. ye dak ? orang lain boleh kenapa kita tidak ? ayat nak naikkan semangat. puii. haha. ini semua poyoooo XD
oke. time to sleep. bed time story (nota critical thinking) dah memanggil2 :p
an apple a day keeps the doctor away ^^ |
# aku pon tak tahu mcm mana out of the blue aku boleh tpikir idiom ni. tersirat mungkin ?
# mood nak makan cake dah datang menyerang >.<
29 January 2013
smile
23 January 2013
sepetang bersama lasagna ;)
[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]
assalamualaikum ! mulakan hari anda dengan senyuman :D
yihaaaaaaaa. yabeda bedoooooooooo. hari ni rasa lebih produktif sedikit daripada semalam. hew3.
hari ni ingat nak share resepi. lasagna. tetapi disebabkan menghadapi sedikit kekangan masa, aku letak link je lah ye ? ada masa cuba taw ! ayat common aku ----> tak susah ponn. dont worry. haha.
seperti yang direquest oleh anak2 buah terchenta, aku tunaikanlah jugak walaupun dalam keadaan tak bersedia plus macam tak semangat sangat. tapi mengenangkan raut wajah satu persatu, cair jugak le aku. huk huk. cuma trifle tak berkesempatan nak buat. T.T mana taknya, kul 5pm baru terhegeh2 nak g cari barang. haiyya. kul 6 lebih baru jejak rumah. aku pegi kedai bagus je sebab nak menjimatkan masa. carrefour kompem2 ramai lagi2 bila petang di hujung minggu. idak le aku nak bersesak2 keseorangan di sana. huu. tu pon sah2 le kedai bakeri tu takde jual daging cincang, sos spaghetti kimball n cendawan butang. yg ada sos prego yang diragui itu. alamatnya, memang bapak aku le yang terpaksa berkorban tenaga untuk ke jj membeli barang2 yang masih belum terbeli.
untuk buat lasagna ni, ada 2 bahagian utama. sos merah dan sos putih. aku rujuk 2 blog tapi basically aku refer pada blog feveret aku iaitu blog kak ana :) superb wa cakap lu. kalau rasa2 lapar n nak masak tu singgah la blog dia, step by step dia ajar. siap gambar lagi. aku jenis malas nak tangkap gambar time memasak. ye la. kamera ke mana. aku ke mana. mangkuk pinggan kuali ke mana. huahuahua.
oke. gambar time :D
mozarella cheese yang begitu mengancam ^^ |
ini bekas yang kedua. bekas pertama abeh dibelasah oleh anak2 buah n adik-beradik yang lain. kena makan panas2 baru sedap :)
# lepas ni dah tahu dah mana nak cari mozarella cheese yang murah dan dijamin halal -----> kedai bakeri bagus :D
22 January 2013
ubat hati
21 January 2013
paris.
19 January 2013
fruiting-tarting :D
[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]
*1 message received*
"mak su ada plan apa hari esok ? tak buat trifle n lasagna ke ?"
tu diaaa. cuti2 ni la anak2 buah dok menanyakan itu ini. haha. padahal tangan dok bau doh fruit tart lagi time tu -.-
*reply*
"mak su baru je buat tart buah ni. nak rasa, datang la umah tok wan esok. if nak maksu buat trifle n lasagna, p bodek makcik beli bahan2. alang2 mak su n makcik esok nak kua, boleh bli barang skali."
*send*
hehe. suka2 hati je. tp tu je yg tak bestnya ada hobi baking2 ni. ada duit lebih boleh la nak buat. if takde, beli yg dah siap je la nampaknya. hew3.
oke. malam ni sementara berkesempatan, aku berhajat nak share resepi tart buah ni. pada aku memang tak susah. and sangat puas bila dapat menikmatinya :D cumanya, setiap kesenangan mestilah disertai dengan kesusahannya. ye tak ? part yang agak menguji kesabaran, bila nak masukkan adunan dalam bekas acuan. kat situ, tangan korg tu kena lembutkan selembut2nya. ala2 berlatih utk pertandingan tarian gitu. haha. oke stop melalut mimi -.-
back to the main point.
Bahan-bahan (pastry shell)
-170g mentega *mak aku cakap jangan pakai jenama buttercup. doh jadi x elok.
-50g gula aising
-1 biji telur
-290g tepung gandum
-1 sudu kecil esen vanilla
-acuan tart *aku beli kat kedai bakeri (bagus) rm 6.30 utk 12 bijik. depends on size.
Bahan-bahan (filling kastard)
-250ml susu segar
-1 sudu besar tepung gandum
-1 sudu besar tepung kastard
-1 sudu besar mentega
-3 1/2 sudu besar gula castor
-1/2 sudu kecil esen vanilla
-beberapa titik pewarna kuning
Bahan-bahan (topping/hiasan)
-ikut suka hati buah apa. ada bajet lebih pakai strawberi:) aku guna anggur, kiwi n oren.
Cara-cara (pastry shell)
-pukul mentega dan gula. tapi tak perlu pukul lama. *depends either korang nak pakai mixer o spatula. aku mmg pakai mixer la kan. hehe.
-masukkan telur dan esen vanilla. putar / kacau lagi.
-masukkan tepung sedikit demi sedikit. putar / kacau lagi. bagi yg pakai mixer, jangan masukkan sekali harung tepung tu. jammed korg punya mixer kesayangan kang nanti. hew3.
-then, off suis mixer. letak tepi. boleh start menguli doh yang dihasilkan menggunakan tangan korg yang halus mulus tu. uli sampai doh jadi lembut. untuk dapatkan tekstur doh yang lebih baik, simpan dalam peti sejuk semalaman o dlm lebih kurg 6 jam. aku tak ikut pon. hehe.
gambar ihsan google by emiliaputeri.blogspot.com |
acuan tart. lagi gambar ihsan :) |
-masukkan dalam acuan. tekan2 sket kat tengah doh tu and agak2 untuk letak kastard. dah siap, cucuk doh kat tengah2 tu menggunakan garfu macam dalam gambar.
haa. begitulah hendaknya. ini baru gambar sendiri ;p |
-siap untuk dibakar ! sementara korg dok buat acuan yang agak mencabar ni, boleh la start panaskan dulu oven tu. dlm 5-10 minit. guna api atas bawah ye anak2. bagussss.
-bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit.
Cara-cara (krim kastard)
-campak je bahan2 krim kastard ni dalam satu periuk kecil. ni mmg budak2 sekolah rendah pon boleh buat. kompem cemerlang :D
-panaskan periuk tadi atas api yang kecil. takmau garang2 ye ? ;)
-kacau perlahan2 sehingga pekat. agak2 nak start likat tu boleh la korg padamkan api.
-titikkan sedikit pewarna kuning. *aku masukkan dalam 2-3 titik. akan jadi seperti gambar di bawah.
lagi gambar ihsan ^^ |
-dah siap kastard, boleh lah kita sudukan ia ke dalam pastry shell tadi. nak pakai piping bag pon boleh. tp nak senang, guna je sudu. nanti nak masuk dalam perut korg gak ;D
-anddddd, lasssstt sekaliiii, boleh lah dihiaskan dengan buah2 pilihan korg mengikut kreativiti masing2 ^_^ cuma, jangan la letak durian. kang rasa lain pulak. jadi tart crepe pulak kang nanti ;D
siaaappppppp !!! selamat mencuba ! ;)
belum apa2 anak buah dah kebas 3 bijik -.- |
<3 |
p/s : tips untuk mengilatkan buah2an (macam dalam gambar), anda boleh lah menggunakan apricot glaze. dalam rm 3+ satu tupperware bulat medium. boleh didapati di kedai-kedai bakeri berhampiran anda :)
# happy-fruiting-tarting !
# maafkanku - last minute. comel ! pengaruh SHN >.<
Subscribe to:
Posts (Atom)