[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]
03-4143****
*calling*
tuuuuuutttttttt (no answer)
*call ended*
---------------------------------------20 minutes later-------------------------------------------------
*Mak kite calling*
*answer*
M : assalamualaikum, maaaakkkkk. mak buat ape ? :) mak sehat ?
mak : waalaikumussalam. mak borak dgn kwn mak jap td. ayah tgh rehat. awat ?
M : hehe. sj call. adik ada kursus jenazah pagi ni. mak, minggu dpan banyak kuiz. study untuk final pon tak abeh lagi. malam ni n esok pagi smpai tgah hari ada kls. mak doakan adik ye ? T.T (cut version :p)
mak : ohh. yke ? insyaAllah, mak sntiasa doakan adik. adik dah sehat ke ? makan ubat tak ?
M : alhamdulillah, nak lega dah. tinggal batuk selesema sket. errr, ubat selesema abeh dah makan. ubat batuk je tak. huhu
mak : laaaa. mana boleh gitu. nanti bli ubat woods ke takpon bli gula2 hacks.
M : haaaa. gula2 hacks ada2. dah makan dah :) mak, cimot oke ? sehat ? ayah mak sehat ?
mak : cimot okeeeeeeee. oke sgt. makan tido je keje ! mcm biasa :p tiap2 ari tido bilik mak ;)
M : owhhh. hehe. cimot memang ! tak sbrnya nak balik. T.T mak ayah sehat tak ni ?
mak : ayah sehat alhamdulillah :)
M : mak ?
mak : mak ? huhu. tak bp sehat sgt. mak demam ni. dah 4 hari. patu dok asyik pening je. darah tinggi ni.
M : laaaaaa. yke ?? mak tak g klinik ? 4 hari dah dmam. *suara dah start vibrate T.T*
mak : tak p pon. 19 ni mak ada check up. nanti time tu lah check. huhu.
M : *maaakkkkkk T.T*
------------------------------------------cut version-----------------------------------------------------
*letak telefon sambil berusaha sedaya upaya untuk menakung air mata*
antara pengorbanan seorang insan
bernama ibu. ibu mana yang sanggup membiarkan anaknya dalam kerisauan
lebih2 lagi disebabkan dirinya sendiri. tidak ada. ibu insan yang paling istimewa, tiada galang gantinya. darjat seorang ibu itu sangatlah tinggi sehinggakan Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 36 :
"Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua....."
juga disebut dalam surah al-An'am ayat 151 :
"Katakanlah (Muhammad), 'marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. jangan mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baik kepada ibu bapa......"
tuntutan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa amatlah penting kerana ia seringkali disebut di dalam al-Quran selepas ketaatan kepada Allah.
"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia
ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
"Ibu kamu," jawab Nabi.
"Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi.
"Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi.
"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga.
"Dan selepas itu?"
"Selepas itu ayah kamu."
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
the number one for me :') |