:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

19 January 2013

fruiting-tarting :D

[ In the name of Allah, most merciful and most compassionate ]
*1 message received*
"mak su ada plan apa hari esok ? tak buat trifle n lasagna ke ?" 
tu diaaa. cuti2 ni la anak2 buah dok menanyakan itu ini. haha. padahal tangan dok bau doh fruit tart lagi time tu -.-
*reply*
"mak su baru je buat tart buah ni. nak rasa, datang la umah tok wan esok. if nak maksu buat trifle n lasagna, p bodek makcik beli bahan2. alang2 mak su n makcik esok nak kua, boleh bli barang skali."
*send*
hehe. suka2 hati je. tp tu je yg tak bestnya ada hobi baking2 ni. ada duit lebih boleh la nak buat. if takde, beli yg dah siap je la nampaknya. hew3.
oke. malam ni sementara berkesempatan, aku berhajat nak share resepi tart buah ni. pada aku memang tak susah. and sangat puas bila dapat menikmatinya :D cumanya, setiap kesenangan mestilah disertai dengan kesusahannya. ye tak ? part yang agak menguji kesabaran, bila nak masukkan adunan dalam bekas acuan. kat situ, tangan korg tu kena lembutkan selembut2nya. ala2 berlatih utk pertandingan tarian gitu. haha. oke stop melalut mimi -.-
back to the main point.
Bahan-bahan (pastry shell)
-170g mentega *mak aku cakap jangan pakai jenama buttercup. doh jadi x elok.
-50g gula aising
-1 biji telur
-290g tepung gandum
-1 sudu kecil esen vanilla
-acuan tart *aku beli kat kedai bakeri (bagus) rm 6.30 utk 12 bijik. depends on size.
Bahan-bahan (filling kastard) 
-250ml susu segar
-1 sudu besar tepung gandum
-1 sudu besar tepung kastard
-1 sudu besar mentega
-3 1/2 sudu besar gula castor
-1/2 sudu kecil esen vanilla
-beberapa titik pewarna kuning
Bahan-bahan (topping/hiasan)
-ikut suka hati buah apa. ada bajet lebih pakai strawberi:) aku guna anggur, kiwi n oren.
Cara-cara (pastry shell)
-pukul mentega dan gula. tapi tak perlu pukul lama. *depends either korang nak pakai mixer o spatula. aku mmg pakai mixer la kan. hehe. 
-masukkan telur dan esen vanilla. putar / kacau lagi.
-masukkan tepung sedikit demi sedikit. putar / kacau lagi. bagi yg pakai mixer, jangan masukkan sekali harung tepung tu. jammed korg punya mixer kesayangan kang nanti. hew3.
-then, off suis mixer. letak tepi. boleh start menguli doh yang dihasilkan menggunakan tangan korg yang halus mulus tu. uli sampai doh jadi lembut. untuk dapatkan tekstur doh yang lebih baik, simpan dalam peti sejuk semalaman o dlm lebih kurg 6 jam. aku tak ikut pon. hehe.
gambar ihsan google by emiliaputeri.blogspot.com
acuan tart. lagi gambar ihsan :)
-masukkan dalam acuan. tekan2 sket kat tengah doh tu and agak2 untuk letak kastard. dah siap, cucuk doh kat tengah2 tu menggunakan garfu macam dalam gambar.
haa. begitulah hendaknya. ini baru gambar sendiri ;p
-siap untuk dibakar ! sementara korg dok buat acuan yang agak mencabar ni, boleh la start panaskan dulu oven tu. dlm 5-10 minit. guna api atas bawah ye anak2. bagussss. 
-bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit.
Cara-cara (krim kastard)
-campak je bahan2 krim kastard ni dalam satu periuk kecil. ni mmg budak2 sekolah rendah pon boleh buat. kompem cemerlang :D
-panaskan periuk tadi atas api yang kecil. takmau garang2 ye ? ;)
-kacau perlahan2 sehingga pekat. agak2 nak start likat tu boleh la korg padamkan api.
-titikkan sedikit pewarna kuning. *aku masukkan dalam 2-3 titik. akan jadi seperti gambar di bawah.
lagi gambar ihsan ^^
-dah siap kastard, boleh lah kita sudukan ia ke dalam pastry shell tadi. nak pakai piping bag pon boleh. tp nak senang, guna je sudu. nanti nak masuk dalam perut korg gak ;D
-anddddd, lasssstt sekaliiii, boleh lah dihiaskan dengan buah2 pilihan korg mengikut kreativiti masing2 ^_^ cuma, jangan la letak durian. kang rasa lain pulak. jadi tart crepe pulak kang nanti ;D
siaaappppppp !!! selamat mencuba ! ;)
belum apa2 anak buah dah kebas 3 bijik -.-

<3



p/s : tips untuk mengilatkan buah2an (macam dalam gambar), anda boleh lah menggunakan apricot glaze. dalam rm 3+ satu tupperware bulat medium. boleh didapati di kedai-kedai bakeri berhampiran anda :)

# happy-fruiting-tarting !
# maafkanku - last minute. comel ! pengaruh SHN >.<

2 comments:

doubleA said...

part buat shell tu aku dah rasa. pergh leceh. eh maknanya jari aku keras ke apa? 0.o LOL

mimi said...

hahaha. first2 je kau rasa gitu. masuk 2nd, 3rd time bakar kompem lentik abeh jari kau :p