:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

05 January 2012

two-thousand-twelve.

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

^_^

antara kenangan yang serius sukar untuk dilupakan sepanjang hidup aku. 31 disember 2011 - 1 januari 2012. :') niat baik, Allah mudahkan. aku betul2 berpegang pada kata-kata tu. aku akui pada mulanya agak sukar untuk merancang perjalanan untuk ke sini. ada kalanya, hampir berputus asa jugaklah dibuatnya. namun, akhirnya, ada sinar di hujung derita. *over pulak ayat aku. ;D

alhamdulillah, perancangan berjalan seperti yang dirancang. selepas memenuhi jemputan di rumah ruzaini, aku bersama umu terus bergerak ke rumahnya untuk mempersiap diri bagi menghadirkan diri ke dataran shah alam pada sebelah petangnya. perancangan sekali lagi dimudahkan ------> ibu bapa umu dengan sukarelanya ingin menghantar ke shah alam even time tu kami agak terlambat juga lah. namun, itu tetap tidak menjadi penghalang kepada semangat kami yang kian berkorbar-kobar. hihi. ^^ 


dari sg.buloh ---> shah alam. kami tiba di masjid negeri sekitar jam 7.00++ petang. kelihatan orang ramai semakin membanjiri kawasan shah alam bersama keluarga / sahabat handai mereka bagi sama-sama menyambut ketibaan tahun baru dengan majlis ilmu yang diadakan. ada 2 event yang diadakan serentak pada malam itu. di masjid shah alam, juga di dataran kemerdekaan shah alam. i-city rasanya tidak perlu dimentionkan kott ? ;)


aku dan umu pon  berjalan meredah lautan manusia untuk sampai ke dataran. dalam hati bimbang juga takot-takot kami terlambat. sampai2, pelik jugalah sebab kelihatan yang ada di situ hanyalah kaum muslimat. rupa-rupanya kaum muslimin sudah awal lagi memenuhi kawasan bawah khemah. ada yang sanggup turun dari terengganu, kelantan, dan sebagainya ! masyaAllah, memang aku tabiklah pada mereka-mereka ini. inilah semangat tentera-tentera islam yang kita mahukan !


majlis dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah dengan diimamkan oleh imam muda asyraf :) alhamdulillah, walaupun pada mulanya langit seperti hendak memuntahkan isi-isinya, tetapi kuasa Allah, cuaca sangat baik pada malam itu. alhamdulillah :') selepas itu, sesi sembang santai bersama ustaz norhisyam dan imam muda asyraf. masa senggang antara maghrib dan isyak kami diisi dengan pelbagai kisah yang begitu bermanfaat dan menginsafkan. orang ramai kian membanjiri dataran yang pada mulanya aku ingatkan majlis ini tak mendapat sambutan yang menghangatkan. kami bernasib baik pada malam itu kerana dapat duduk di bahagian hadapan. saf ke-2. perasaan teruja tu tak payah diceritakanlah kerana inilah pertama kali dalam sejarah hidup aku selama 19 tahun, aku menyambut tahun baru. (:


setelah selesai solat isyak, majlis dihangatkan lagi dengan persembahan beberapa mujahidin islam. antaranya, sham kamikaze, syahir dan dakmie. kira-kira jam 9.30++ barulah saat yang dinanti-nantikan oleh orang ramai kunjung tiba -----> ketibaan ustaz azhar idrus serta nama yang tidak asing lagi dalam pentas raja lawak iaitu zizan. =)


zizan tak tahan nak gelak tu. hahaha. sempoi je mereka. ;p
antara jaish al-islam yang hadir :')
ketika azan maghrib berkumandang. cantik sangat langit ketika itu. subhanallah :')
antara tenaga yang menjayakan majlis pada malam itu ^^

gamat tak gamat suasana tu aku rasa korg sendiri boleh agak mengikut jumlah hadirin yang hadir. lebih 80 000 yang sudi turun untuk bersama-sama melaungkan kalimah allahu akbar tepat jam 12 tengah malam 1 januari 2012. :) bagi yang tidak berpeluang untuk hadir pada malam itu, anda boleh menonton beberapa video rakaman di sini :) tontonlah. anda pasti tak rugi. ^^


sekitar jam 11.30++ aku dan umu terpaksa mengundurkan diri kerana khuatir kalau-kalau tiba lambat di rumahnya nanti. kira-kira jam 1.30 am kami selamat tiba di sg.buloh. terima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana sudi menghantar kami pulang dengan selamatnya. alhamdulillah. :) 


~and the rest is history~




# sambutan tahun baru yang sungguh luar biasa. <3
# umu ! kita rasa nak masuk kelas swimming. haha. nak kena p cari baju dulu. >.<

do spread the <3,

[nur]

2 comments:

Nabiel said...

mmg terbaek..rsenye tk boleh lupakan..huhu..srnk sgt.nbil smpi sne awl,pkul 6 lbh.mmg nk tggu smpi ke pkul 12 tuh tk terasa pun..hehehe..
smgo ade lagi tahun2 yg akn dtg!

p/s : 29.1 nie UAI trun s.alam lagi,ade kuliyah dkt msjid negeri s.alam..=)

mimi said...

nabiel; sangat terbaik lah ! masyukkkk. memang x nyesal la pergi. huhu. ouhhh. mmg smpai2 tu nampak muslimin dah pnoh dok bwh khemah. ade yg dtg dari jauh tu. huhu. yup2. ase kejap je dok sana. kalau boleh nak lama2 lagi :) insyaAllah, kalau ade mesti kena datang ! ;)

p/s: haha. taw2. tp apekan daya, time tu ahad. uia pj ade had masa nak masok dye. last kul 10pm. kalau lewat kne saman. huhu.