:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

25 December 2011

makkah al-mukarramah - part II

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

Royal Makkah Clock Tower.  kira-kira 50m++ dari masjidil haram. hotel di sini mencecah ribuan ringgit / night ! nak tahu lebih click situ ^^


alhamdulillah, masih berpeluang untuk menulis. buat yang dah baca part I, so, entry ni tak lain tak bukan memang untuk korg. let us move on (",)


oke, buat pengetahuan kepada yang tertanya-tanya mungkin, trip aku tergolong dalam trip2 yang awal selepas kerajaan arab saudi mula membuka ruang bagi sesiapa yang mahu menunaikan umrah setelah tamatnya musim haji. kebetulan, bulan mac juga merupakan cuti sekolah buat pelajar-pelajar dari iran dan sewaktu dengannya. jadinya, memang padat juga lah time dah masuk mekah memandangkan aku menginap agak lama di madinah. sehinggakan ada yang menyamakannya seperti musim haji ! agak hairan juga dibuatnya apabila kami terpaksa beratur ketika hendak masuk ke masjid nabawi-madinah sedangkan sebelum2 ini pintu utama pasti tidak begitu sesak. 
berbalik pada highlight untuk entry ni, antara tempat-tempat menarik yang diziarahi ialah :

Jabal Thur
before ni boleh masuk. cuma time ni kami agak tidak bernasib baik kerana ia sedang berada dalam pembinaan.
jabal thur mennjadi saksi kepada sejarah yang agak penting dalam Islam di mana di sini lah baginda Rasulullah SAW dan Abu Bakar As-siddiq r.a bersembunyi dari kaum kafir quraisy yang pada waktu itu merancang untuk melancarkan usaha membunuh baginda. sebut sahaja tentang Abu Bakar R.A pasti anda semua tahu mengenai peristiwa pengorbanannya yang sungguh besar di mana Abu Bakar rela disengat oleh binatang yang berbisa ketika baginda sedang lena di pangkuannya. mampukah kita ? semoga kisah ini dapat memberikan sedikit pengajaran untuk sentiasa berbuat baik kepada sahabat kita. 

dari Nu'man bin Basyir r.a, Rasulullah SAW bersabda :

" perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. apabila satu anggota tubuh sakit, maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur. "  
(hadis riwayat muslim)

serius rindu nak tengok gelagat meraka anak-beranak ;p

 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah gua thur, anda boleh tekan link ini :) 


Jabal Rahmah

ehem ehem. sebut sahaja mengenai jabal rahmah apa perkara pertama yang terlintas di benak kalian ? ;) secara umumnya tempat ini dikenali ramai dengan tempat untuk mendoakan jodoh. jabal rahmah ini terletak di bahagian timur padang arafah di kota makkah. terdapat riwayat menyatakan bahawa setelah Rasulullah SAW menyampaikan khutbah di masjid namerah barulah baginda melakukan wukuf di kaki jabal rahmah yang merupakan sebahagian dari padang arafah. jabal rahmah juga dikenali umum sebagai monumen cinta adam dah hawa juga sebagai saksi pertemuan mereka kembali setelah terpisah bertahun-tahun lamanya. berikutan peristiwa inilah sebilangan besar umat islam dari seluruh dunia percaya bahawa bukit ini ada hikmahnya yang tersendiri sehinggakan ada yang menggelarnya dengan gelaran Mount of Love, Mountain of Mercy dan macam2 lagi. 

meet my sista, siti aishah :)
banyak gilaa tulisan kat batu tu. >.<
aku dengan kakak yang eksaited nak naik sampai atas memandangkan jabal rahmah ini tak berapa nak tingginya. ayah dan mak biasalah tua-tua kaki pon dah tak larat sangat nak mendaki. di sekitar jabal rahmah ni juga terkenal dengan tarikan yang membolehkan anda 'membonceng' unta. tapi hati-hati. jangan sesekali tertipu dengan tok2 arab ni. once kita dah naik unta tu, mereka akan menangkap dalam 6-7 gambar. bila kita dah abeh round bersama untanya, bayaran asal dalam sekitar SR 5, tapi disebabkan 6-7 keping gambar itu menjadikan jumlahnya SR 70++ ! SR 1 bersamaan lebih kurang RM 1 duit kita. gila hape RM70++ semata2 nak naik unta dan 6 atau 7 keping gambar ? memang tak masuk dek akal. time pegi dulu, alhamdulillah aku dah berkesempatan untuk naik. tapi ayah awal2 lagi dah pesan pada tok arab tu tangkap sekali je gambar aku. so, kalau tak silap, dalam SR 10 jugak lah kena. huhu. 

kalau nak tahu unta memang sejenis haiwan yang sangat patuh pada tuannya ^^

Jabal Nur 

gua Hira' yang terletak di jabal nur ada;ah sebuah gua yang sangat terkenal dalam sejarah islam, kerana di dalam gua itu lah nabi Muhammad SAW diangkat menajdi rasul dan di situ juga turunnya ayat al-Quran yang pertama [al-'alaq : 1-5]. gua kecil ini terletak di puncak gunung jabal nur, di bahagian utara mekah, sekitar 5km dari masjidil haram. tinggi puncak jabal nur dalam kira-kira 200m. kita hanya dibawa melihat jabal nur dari jauh, sekiranya anda hendak mendaki jabal nur untuk melihat gua hira' dengan lebih dekat, anda boleh menambah duit sekitar SR 15 sahaja seorang. akan ada mutawwif yang akan turut mendaki bersama-sama anda. mutawwif kumpulan aku merancang untuk mendaki pada waktu malam memandangkan cuaca terlalu panas pada sebelah siangnya. malangnya, ketika itu mekah sedang mengalami musim hujan. jadinya, mak agak berat nak lepaskan aku pergi mendaki. huhu. maklumlah ibu mana yang tak risau akan keselamatan anaknya. ye tak ?  untuk tempat ini, sorry sebab aku takde gambarnya. nak gambar clear, gua hira', video, serta sejarah lanjut mengenai jabal nur ni anda boleh rujuk di sini ^_^

ada satu insiden menyayat hati yang berlaku sepanjang pendakian ke puncak jabal nur ini diceritakan oleh ahli kump aku. mereka berkata setelah hampir tiba ke puncak gunung, terdapat seekor kucing yang sedang berehat-rehat di situ. lalu mereka pun membelai-belai kucing ni. dengan tidak semena-mena, tiba-tiba datang seorang pemuda arab mengambil kucing itu lalu mencampakkannya dari tempat tadi. apa yang anda rasa jika anda berada di tempat mereka ?  mereka benar2 tergamam dengan kejadian itu. sampai ke pagi mereka masih lagi tidak percaya. apalah nasib si comel yang tidak bersalah itu. :'(

dalam perjalanan pergi dan balik semasa kami melakukan ziarah luar ini, mutawwif ada menunjukkan tempat-tempat seperti muzdalifah, mina (tempat melontar), tapak rumah Abu Bakar, Saidina Omar, Siti Khadijah dan Abu Lahab. juga rumah kelahiran Nabi Muhammad, yang kini menjadi sebuah perpustakaan, masjid Jin (tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan jin), masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi), perkuburan Ma'ala (tempat Siti Khadijah dikebumikan), masjid Kucing, dan bukit Abi Qubis (tempat Hajar Aswad disimpan sebelum diletakkan di Baitullah).
*ziarah di sini tidak boleh dilakukan kerana kawasan2 tersebut masih dalam pembinaan.
selesai kami melakukan ziarah luar, kami dibawa ke ja'ranah untuk bermiqat seterusnya kembali ke makkah untuk mengerjakan ibadah umrah buat kali yang kedua. 

credit to miss awan ungu. :) cheq tak sempat nak snap gamba kat sini. ja'ranah <3
perkuburan ma'ala.
tempat melontar, di bangunan bertingkat2 itu. bumbung putih yang banyak comel2 tu, mina :)

Hudaibiyah

pada hari berikutnya, kami sekumpulan bercadang untuk ke hudaibiyah. ziarah hudaibiyah ini termasuk dalam ziarah pilihan selain ziarah gua hira' yang aku ceritakan sebelum ini. sebanyak SR 30 perlu ditambah untuk setiap kepala. hudaibiyah ini sinonim dan terkenal dengan ladang untanya. kat sinilah korg boleh menikmati susu unta fresh punye ! orang2 sini bergurau mengatakan selepas anda minum susu unta tersebut, maka jadilah unta itu ibu susuan anda. keh3. ;p banyak khasiat weyh minum susu unta ni. boleh cuci segala toksik2 dalam badan tu. tapi satu kelemahannya, toksik2 akan dicuci dan dibuang melalui diarrhoea. ;) bagi sape2 yang minum banyak la. tapi akak aku telan nak dekat 2 botol tak sakit pon perut dia sedangkan bapak aku baru minum setengah botol dah jenuh dok cari jamban. hek3. so, it depends =) langkah berjaga-jaga, janganlah korg p belasah 3 botol sekaligus dalam perjalanan tu unless bas korg ada TANDAS :D

my hero :')
depa ni manja yang amat ! ^_^

:DD
ayah memang sangat semangat nak minum susu tak kira dari keluaran unta ka, lembu ka, kambing ka asalkan fresh =)
rundingan antara orang islam dan kaum musyrikin yang membawa kepada perjanjian hudaibiyah. inilah tapak perjanjian hudaibiyah suatu ketika dahulu.

selesai lawatan ke ladang unta, alhamdulillah, trip pada hari itu bernasib baik kerana dibenarkan untuk melawat muzium 2 masjid (masjidil haram dan masjid nabawi). cuma trip kali ni kami masih lagi belum berpeluang untuk melawat kiswah (kilang kelambu kaabah). dua tempat ini sebenarnya memerlukan keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi. 

muzium 2 masjid atau dikenali juga sebagai muzium al-haramain :)
time ni kakak sakit. so, tak dapat ikut p melawat. pity pity ^^
pancuran emas terletak di bahagian atas kaabah
maqom ibrahim-tempat nabi ibrahim berpijak ketika hendak mendirikan kaabah
proses membuat kelambu kaabah :)
1 malaysia pon ada. kui8. ^^
telaga zam-zam zaman dahulu kala. oh, perkenalkan adik abdul qayyum :) dia sangat suka bertanya mengenai sejarah2 islam. moga menjadi anak yang soleh dik :')

selesai menziarah, kami pun dibawa ke masjid syumaisi (hudaibiyah) untuk bermiqat seterusnya kembali ke masjidil haram untuk menyempurnakan rukun umrah. 

inilah barisan kita yang ikhlas berjuang~ hehe.

aku ingat aku bolehlah habiskan jugak dalam part II ni. tapi nampak gayanya, aku sambung sampai part III lah ye ? takot berjam2 pulak korg baca part II ni haa. huhu. tak paksa korg nak baca. depends :) 


# updating part III. ;) see ya !


till we meet again.  much <3,

[nur]


5 comments:

Anonymous said...

nasibb baik ta nmpk nama sy dekat jabal rahmah tu. ekeke :P

btw, rinduuu sgt nak kesana :')

mimi said...
This comment has been removed by the author.
mimi said...

hehe. qiddy ! ada nama kamu kah ? ahaha. awat tak habaq awal2 ? kalau tak, boleh akak p cari. kot2 jumpe XD

yup2. akak pon. rindu sangat nak ke sana. n kalau kamu perasan, dua kali kita pergi dua kali juga pada waktu yang lebih kurang kan ? cuma takde rezeki lagi nak jumpa kamu kat sana :')

sha said...

bestnyaaaaa dapat p tanah suci

mimi said...

sha; alhamdulillah. sangat best. takpe, mana taw after this your turn pulak kan ? doa banyak2 k ? =)