:)

My photo
kuala lumpur, Malaysia
Nur Syamimi. gadis berkaca mata. books, cats, runningman, sports, hindi, baking, cards-lover. happy reading ppl ! =) "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"

23 December 2011

makkah al-mukarramah - part 1

[ In the name of Allah, most gracious and most merciful ]

first of all, nak minta maaf dulu pada yang nantikan post di mekah ini memandangkan sebelum ni, berkurun jugaklah, aku dah update post di madinah. beta mohon maaf ^^


oke, berbalik pada tajuk utama post ni, kali ini insyaAllah, akan dikongsi beberapa pengalaman penulis beberapa bulan dahulu. *mac 2011* alhamdulillah, syukur pada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku dan keluarga selamat tiba di mekah dari madinah pada tanggal 14 mac 2011 sekitar jam 11++ malam waktu mekah. 

oh ya, sebelum terlupa, kalian mesti pernah dengar mengenai mayat yang tidak dapat diturunkan dari kubah masjid nabawi ? bagi siapa yang masih sangsi, perkara itu dikatakan benar, kerana ramai yang telah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri. pada mulanya, aku sendiri tak percaya akan berita tu, tapi setelah membelek2 gambar yang aku dapat dari kakak aku, *simpanan sendiri telah pun hilang dek kerosakan lappy*, masyaAllah, aku dah pon snap gambar kubah tersebut. dan ternyata memang ada sedikit 'ketidak rataan' pada kubah tu. agak rugi jugaklah sebab tak perasan sepanjang aku berada di sana. disebabkan tak ingat mungkin. 


perhatikan pada kubah hijau bahagian atas
kepada yang masih belum tahu mengenai berita ini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini :) 


juga sebelum aku memulakan kisah di mekah, nak share jap video pembukaan payung di masjid nabawi. payung2 besar ni dibina kalau tak silap sekitar tahun 2009 dan ke atas. payung ni akan mula dibuka sejurus selesainya solat subuh secara berjemaah. waktu payung ni ditutup aku tak sure, so kalau nak info lanjut boleh search kat google :) 




okeh, dah boleh sambung ^_^ perjalanan ke mekah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam dengan menaiki bas. sebelum memulakan perjalanan kami sekumpulan telah diduga dengan tidak adanya mutawwif yang akan mengiringi perjalanan kami dari madinah ke mekah ! ekoran mutawwif yang ditugaskan tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. ayah aku selaku tour manager ketika itu terpaksa mengambil alih tugas mutawwif. alhamdulillah, pada mulanya aku memang sangat risau kerana pemandu bas kami tidak boleh berkomunikasi menggunakan bahasa lain selain bahasa arab ! time tu jugak lah aku cuba sedaya upaya mengeluarkan segala vocab2 yang ada kot2 ada yang nak mintak berhenti nak muntah ka, terkucil ka, kebuloq ka, mau tak naya ? >.<  


untuk makluman, kami sekumpulan amatlah rapat dan masing2 memang dah anggap seperti saudara kandung sendiri. apabila saudara islam disatukan, begitulah jadinya. :') alhamdulillah, mereka sangat mengambil berat antara satu sama lain. dan paling melegakan diri aku, penerimaan ayah sebagai tour manager diterima baik oleh mereka. dari situ aku dapat lihat sikap disiplin dan kepimpinan ayah yang sungguh menebal dalam diri memandangkan ayah merupakan seorang askar suatu masa dahulu. *tak macam anak dia* yang menariknya, ada dalam kalangan kumpulan kami merupakan bekas anggota polis. ;D ayah sangat sehati sejiwa dengan beliau.

bercerita tentang pemandu bas tadi, dia amat berdisiplin ! aku tabik dengan cara pemakaiannya ----> berseluar jean dan shirt yang di tuck-in :) jarang sekali aku jumpa pemandu bas begini di bumi mekah. juga yang paling paling penting, beliau tidak merokok. thumbs up lah ! kalau nak tahu hampir semua pemandu2 bas di sana merokok. pernah sekali sepanjang lawatan kami, ada seorang pemandu bas merokok dengan tidak membuka tingkap. kalian bayangkan lah tahap ketidak cukupan oksigen pada ketika itu. >.< semasa hendak bermiqat (berniat ihram umrah) di masjid Bir Ali *lebih kurang 10 minit dari hotel di madinah* pemandu bas tu menurunkan kami betol2 berhadapan dengan entrance masjid. kalau pemandu lain aku rasa mahu diberhentikannya kami di luar kawasan masjid. bayangkanlah betapa banyaknya bas dalam tu. sejurus turun dari bas, pemandu bas melambai-lambai sambil memanggil kami. pelik jugak dibuatnya ketika itu. ada tertinggal beg ke ape ke ? rupa-rupanya dia ingin memberitahu kami supaya tidak keliru dan tidak tersilap menaiki bas selesai solat nanti. dia ada meletakkan kain buruk di tingkap basnya. haha. time tu memang rasa nak tergelak pon ada, tapi mengenangkan kesungguhannya, memang cukup untuk buat aku terharu. 

tapi malangnya, tak berani pulak nak ambil gambar dia. kang tak pasal2 ditinggalnya aku tengah2 jalan ke mekah mau tak gila ? hahaha. 

suasana sekitar masjid Bir Ali

  
selesai melakukan rukun umrah yang pertama (niat ihram umrah), perjalanan ke Mekah pon diteruskan. then ayah dapat call dari mutawwif group lain mengatakan mereka akan tunggu di sebuah restoran sebelum sampai ke mekah untuk sama-sama menikmati makan malam. ouh, part ni lah yang paling dinanti2kan oleh aku sebab perut pon dah start bergendang2 minta diisi. ;p bila dah dalam bas, sedap kena ekon, apa lagi, mata ni pon mula lah terasa beratnya. last-last memang semua group hj ahmad ni dibuai mimpi rupanya. penat katakan. aku tejaga setiap satu jam ! aku rasa lama sangat jarum jam berjalan. paling last aku terjaga, time tu dah gelap. gelap. malam. memang dah lapar gile time tu. ada group aku yang nak terkucil pon ade. dengan selambenye aku pon gagahkan diri jugaklah nak berkomunikasi dengan pemandu bas tu.

aku : ya sheikh, kam kilometer ila mat'am ? 

sheikh : *dengan mengeluarkan hp nye, dye memasukkan no.arab !* 20.
aku : 'ishrin ? *orang arab sane kalau no.puluh2 ni, dorg sebut 'in' instead of 'un' 
      : cth - 50 (khomsin instead of khomsun) 
sheikh : na'am2. *sambil tersenyum ;)


tiba-tiba pemandu tu ajak aku berbual. aku tak ingat sangat patah tutur dia. tapi dye bercerita yang dia ada seorang isteri. sama macam ayah aku. then dia mempunyai 5 orang adik-beradik. sama macam aku :) tapi dia bukan bongsu. then, aku pon bercerita lah apa yang aku ley cerita pasal keluarga dalam bahasa arab. haha. terkial-kial jugaklah organ dalam mulut aku nak berbicara. mana taknya, biasa aku ber'gaul' dengan bahasa arab ini atas kertas je, bila nak praktik untuk berkomunikasi, ini lah jadinya. boleh kira bape patah je yang keluar dari mulut aku. kui8. lagipun seganlah jugak sebenarnya. ye lah, yang kita belajar ni bahasa baku mereka. perbualan antara mereka sudah tentunya dalam bahasa pasar tani. ;)


tak lama kemudian, tibalah kami ke restoran yang dikatakan. kelihatan ada mutawwif yang sepatutnya menjaga kumpulan kami sedang menunggu di dalam restoran. kebuloq tahap tak ingat dah time tu. haha. lauk yang disediakan walaupun nampak simple, tapi sedap ! *sebab ada cili tu mungkin. ^^ licin pon licin. dan siapa lagi yang nak melicinkannya kalau bukan aku. haha. :D


sebelum :)
selepas ^^
kebuloq mak jahh~
oh ya, jika sudah berniat ihram, maka anda dalam keadaan berihram dan anda dikehendaki untuk menjaga pantang larang dalam berihram. time ni lah start aku risau jugak sebenarnya. kalau dah langgar, dam sedia menanti. huhu. selesai menikmati juadah yang disediakan kami pon meneruskan perjalanan lebih kurang dalam 5-10 kilometer ke hotel penginapan. kami menginap di hotel manazel. 


selang beberapa minit kemudian, sekitar jam 11++ malam, alhamdulillah kami selamat tiba di hotel penginapan ---> manazel. turun je bas, mata aku liar mencari arah ke masjidil haram. alhamdulillah, hotel yang ditempatkan tidaklah terlalu jauh dan tidaklah terlalu dekat. sekadar sederhana. bolehlah nak exercise ulang-alik ke masjid. :) 

setelah check-in dan meletakkan segala bagasi yang ada di dalam bilik, kami segera menyiapkan diri untuk menunaikan rukun umrah yang masih berbaki. ayah telah memaklumkan pada mutawwif agar tidak menunggu kami kerana dikhuatiri kami akan lambat. ya, memang. kami terlewat disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan. jadi, siapa lagi kalau bukan ayah yang menjadi mutawwif umrah untuk aku, mak dan kakak. ^^ alhamdulillah, di mekah, kira-kira jam 1 pagi ke atas, tidaklah begitu ramai kerana mereka berehat sementara menantikan subuh menjelma. selesai tawaf, sa'ie dan bertahallul, itu bermakna diri kita sudah terlepas dari pantang larang dalam berihram. dinasihatkan agar kita tidak bercukur di bilik sebaliknya bercukurlah sejurus selepas sa'ie agar tidak berlaku perkara yang boleh mendatangkan dam. bawak spare gunting kecik siap2 dalam beg sandang tu. :) jangan korang p bawak parang ke pisau ke dah la ye ? ;D balik bilik kira-kira jam 2++ jugak lah. penat tu memang penat, tp insyaAllah Allah sentiasa ada untuk membantu hamba-hamba-Nya :)



And complete the Hajj or 'umra in the service of Allah. But if ye are prevented (From completing it), send an offering for sacrifice, such as ye may find, and do not shave your heads until the offering reaches the place of sacrifice. And if any of you is ill, or has an ailment in his scalp, (Necessitating shaving), (He should) in compensation either fast, or feed the poor, or offer sacrifice; and when ye are in peaceful conditions (again), if any one wishes to continue the 'umra on to the hajj, He must make an offering, such as he can afford, but if he cannot afford it, He should fast three days during the hajj and seven days on his return, Making ten days in all. This is for those whose household is not in (the precincts of) the Sacred Mosque. And fear Allah, and know that Allah Is strict in punishment.[al-baqarah : 196]


sesungguhnya mukmin itu bersaudara [al-hujuraat : 10]
selesai kembali menunaikan solat subuh, kami kembali ke hotel untuk menikmati sarapan pagi. trip andalusia terkenal dengan kelazatan makanan antaranya. ya, sungguh. lebih-lebih lagi pada kipas-susah-mati daging kambing, jika anda berhajat untuk menunaikan umrah / haji, amek andalusia weyh ! haha. subuh di mekah ketika ini kira-kira jam 5++ . mengenai cuaca pula, mekah ketika ini baru hendak memasuki musim panas. suhu paling tinggi di mekah about 42 degree celcius semestinya pada waktu tengah hari. alhamdulillah, berkesempatan untuk merasa musim sejuk di madinah. aktiviti kami pada hari tersebut adalah untuk dibawa menziarahi tempat-tempat sejarah (ziarah luar). antaranya :




haaaa. nak tahu sejarah di sebalik tempat-tempat tu ? aku decide untuk bercerita di part II memandangkan entry ni pon dah nak masuk kategori berjela, mesti korg bosan. haha. cheongmal mianhe. asif. maaf. :)
maaflah. tulang-tulang aku sememangnya sangat malas bekerja untuk mengedit gambar. haha. :D



# aku akan cuba update part II secepat mungkin insyaAllah. :)
# cuti nak abeh da oiii. cfs dah makin melambai-lambai. haihhh. 
# esok fareez p holls kat melaka. jealous >.< huahuahuahua
# syukur gila. tak sangka akak banyak gila simpan gambar aku. isk isk. terharuu. :') banyak hikmah laptop aku rosak dulu.




thanks for reading uolss. much <3,

[nur]

4 comments:

Anonymous said...

amboii kak. smpi ke jamm pon colour putihh :D

mimi said...

hehehe. mestiiiii. tibe2 ada jam kale putih lak time tu :D

sea_lavender said...

mesti seronok kn berkunjung ke sane..
teringin ke sana.,Insya-Allah dtambhkn rezeki peluang ke sna bersama keluarga..=)

mimi said...

sea_lavender : alhamdulillah. seronok sangat :') insyaAllah, doa jangan putus2. moga dimurahkan rezeki anda sekeluarga ke sana :)(: